52) BANJIR DI KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Mengapakah keadaan banjir kilat kerap berlaku di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK)?
-
Mengapakah langkah-langkah yang telah diambil sebelum ini (jika ada) tidak dapat mengatasi masalah banjir kilat di kawasan tersebut?
-
Apakah langkah-langkah baru yang sedang dan bakal diambil bagi mengatasi masalah banjir kilat yang telah bertahun-tahun membelenggu para penduduk di kawasan Klang ini?
52) PERBELANJAAN PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Senaraikan perbelanjaan pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun 2014 mengikut daerah?
-
Apakah peranan kerajaan negeri dalam membantu mempertingkatkan mutu pendidikan di Selangor?
52) TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta kerajaan memberi bilangan anak yang telah berdaftar dan wang yang telah dicarum oleh kerajaan ke dalam tabung ini?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan pulangan yang diperolehi selepas 18 tahun melebihi RM1,500?
52) MEMPROMOSI HUTAN REKREASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mempromosikan hutan-hutan rekreasi yang terdapat di sekitar DUN Taman Templer?
52) KONTRAKTOR KELAS F (INFRASTRUKTUR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak kerajaan berpuas hati dengan mutu perkhidmatan kontraktor kelas F atau akan mengkaji semula kontraktor-kontraktor kelas F yang ada di negeri Selangor
-
Apakah perancangan kerajaan untuk memperbaiki lagi mutu perkhidmatan kontraktor kelas F di Negeri Selangor?
52) PENGANGKUTAN AWAM PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Pengangkutan awam percuma yang digariskan dalam manifesto PRU-13 Pakatan meliputi kawasan bandar seperti Shah Alam, Petaling Jaya dan Kajang. Apakah status perancangan negeri terhadap cadangan tersebut?
-
Apakah kerajaan negeri telah bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) bagi pelaksanaan inisiatif ini?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk memperluaskan perkhidmatan ini di kawasan luar bandar atau pinggir bandar?
52) TENDER PADI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah urusan tender padi dibuat selama ini?
-
Adakah unsur-unsur penyelewengan berlaku?
-
Apakah tindakan yang diambil untuk mengelakkan penyelewengan berlaku?
53) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah keadaan sekitar (kutipan yuran penyelengaraan, status JMB, kebersihan sekitar, keadaan infra dan lain-lain) Rumah Selangorku yang telah dijual? Pihak manakah yang akan memantau keadaan projek yang telah ditawar dan dijual?
53) DASAR DAN POLISI MEMBENARKAN WARGA ASING MENJALANKAN PERNIAGAAN KECIL/ SEDERHANA DALAM NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Selangor untuk membenarkan warga asing menjalankan perniagaan kecil / sederhana dalam Negeri?
-
Apakah program yang telah dijayakan serta kos yang telah dibelanjakan sepanjang 2017?
53) TAWAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berkenaan dengan kelahiran anak di Negeri Selangor, bolehkah pihak TAWAS bekerjasama dengan hospital bersalin untuk mengedarkan borang TAWAS?
-
Apakah promosi pihak YAWAS untuk menambahbaikkan sistem online yang sedia ada?
