53) KAWASAN LAPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah, menambah baik dan membaik pulih kawasan lapang di kawasan bandar seperti di Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam?
-
Berapakah jumlah kawasan lapang yang sudah diwartakan semenjak Mac 2008 sehingga kini? Berikan butir-butir.
53) BAS SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah rakyat berpuashati dengan pencapaian dan keberkesanan pelaksanaan Bas Smart Selangor?
-
Berapakah kos pelaksanaan di seluruh negeri? Adakah ianya efektif?
-
Adakah cadangan untuk menambah laluan bagi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai akses ke pusat bandar?
53) KAMPUNG BARU CINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan ke Kampung Baru Cina sejak Pakatan Rakyat memerintah
-
Apakah rancangan kerajaan untuk mempertingkatkan taraf kehidupan penduduk Kampung Baru Cina
-
Apakah masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Baru Cina
53) PENGGUNAAN BASIKAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah atau rancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan penggunaan basikal sebagai mod pengangkutan?
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menentukan agensi atau syarikat yang akan membekalkan perkhidmatan sewaan basikal kepada orang awam?
-
Nyatakan lokasi yang bakal ditawarkan kemudahan sewaan basikal.
53) RUMAH URUT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik jumlah rumah urut dari tahun 2010-2015 mengikut PBT.
-
Nyatakan jumlah cukai yang diambil dari rumah urut dari tahun 2010-2015 mengikut PBT.
53) RUMAH TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan projek rumah terbengkalai di Selangor yang telah diwariskan oleh Kerajaan Negeri Selangor semasa pemerintahan UMNO/ BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat sekarang ini ?
-
Berapa pula bilangan projek rumah terbengkalai ini yang telah berjaya di selesaikan oleh Kerajaan Negeri ?
-
Berapakah projek rumah terbengkalai yang masih belum diselesaikan di DUN Meru. Sila namakan di mana dan apa masalah yang dihadapi di setiap lokasi ?
53) Masalah Banjir Di Mukim Labu Sepang
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Masalah banjir yang berpunca dari ban Sg Labu yang pecah, apakah penyelesaian jangka panjang bagi benteng ban yang kerap pecah?
-
Bolehkah peruntukan tambahan diberikan bagi rekabentuk tambakan ban yang lebih kukuh seperti pemasangan "- sheet pile- " dan lain-lain?
53) INISIATIF DAN PROJEK KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH DUN BANDAR UTAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan peruntukkan atau inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada sepanjang tahun 2020 di bawah DUN Bandar Utama secara terperinci (contoh: CCTV digital di kawasan "hotspot", jumlah peruntukan Marris, dewan atau balairaya baru, rumah mampu milik, etc).
53) SETINGGAN SIFAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Apakah taburan kedudukan setinggan di negeri Selangor?
-
Adakah kajian telah dibuat sama ada rancangan setinggan sifar telah berjaya?
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membantu para setinggan?
53) HIJRAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah penggunaan kewangan yang telah digunakan dari peruntukan RM100juta tahun 2016? Nyatakan mengikut pecahan pengurusan dan pembiayaan?
-
Nyatakan pencapaian bayaran balik pinjaman untuk tahun 2015 dan 2016?
-
c) Berapakah bilangan peserta yang terlibat dalam program ini bagi tahun 2015 dan 2016?
