52) KONTRAKTOR KELAS F (INFRASTRUKTUR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak kerajaan berpuas hati dengan mutu perkhidmatan kontraktor kelas F atau akan mengkaji semula kontraktor-kontraktor kelas F yang ada di negeri Selangor
-
Apakah perancangan kerajaan untuk memperbaiki lagi mutu perkhidmatan kontraktor kelas F di Negeri Selangor?
52) PENGANGKUTAN AWAM PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Pengangkutan awam percuma yang digariskan dalam manifesto PRU-13 Pakatan meliputi kawasan bandar seperti Shah Alam, Petaling Jaya dan Kajang. Apakah status perancangan negeri terhadap cadangan tersebut?
-
Apakah kerajaan negeri telah bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) bagi pelaksanaan inisiatif ini?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk memperluaskan perkhidmatan ini di kawasan luar bandar atau pinggir bandar?
52) KERJASAMA PERTANIAN ANTARA NEGERI LAIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan kerjasama pertanian dengan negeri lain?
-
Apakah kerjasama yang telah dilakukan dan hasilnya?
52) HUTANG TALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kronologi, kaedah dan perkembangan terkini proses tersebut?
-
Nyatakan jumlah tunai yang telah diterima dan dimasukkan ke akaun negeri?
-
Adakah wang tersebut telah dibelanjakan dan untuk tujuan apa?
52) PROGRAM 20 METER PADU AIR PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah perbelanjaan sehingga kini yang dikeluarkan oleh Kerajaan bagi program pemberian 20 meter padu air percuma?
-
Adakah terdapat bukti kemudahan ini telah disalah guna oleh pengguna?
-
Apakah rancangan Kerajaan bagi program ini untuk masa hadapan?
52) PERBELANJAAN PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Senaraikan perbelanjaan pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun 2014 mengikut daerah?
-
Apakah peranan kerajaan negeri dalam membantu mempertingkatkan mutu pendidikan di Selangor?
52) JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Jabatan Agama Islam Selangor dalam memberikan lebih ramai lagi berpeluang melanjutkan pendidikan menengah agama?
-
Apakah yang dilakukan oleh JAIS dalam memperkasakan lagi sekolah agama rakyat yang mungkin menjadi alternatif pendidikan menengah agama?
52) RUMAH TERBIAR DI BUKIT SENTOSA DAN BUKIT BERUNTUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan Negeri terhadap rumah tanpa penghuni dan usang tersebut?
-
Berapakah kerugian cukai yang tidak dapat dipungut oleh pihak PBT?
-
Data bilangan rumah usang dan terbiar di kedua-dua bandar ini?
52) PROGRAM KEBERSIHAN KESELURUHAN “TOTAL CLEAN” DI PBT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah peruntukan yang disalurkan untuk Program Kebersihan Keseluruhan mengikut PBT.
-
Apakah langkah-langkah seterusnya dicadangkan oleh Kerajaan Negeri selepas 3 bulan Program Kebersihan Keseluruhan dilaksanakan bagi memastikan kebersihan masih terjaga.
-
Adakah Kerajaan Negeri juga bercadang mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap kontraktor-kontraktor sampah yang gagal melakukan kerja kutipan sampah mengikut jadual seperti senarai hitam kontraktor di peringkat negeri bukan peringkat PBT tertentu sahaja? Jika tidak, nyatakan sebabnya.
52) AIR PERCUMA UNTUK WARGA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Apakah penyelesaian bagi pengguna meter pukal kerana masih ramai yang belum menikmati skim ini?
-
Nyatakan lokasi kawasan perumahan mengikut PBT dan jumlah unit masih menggunakan meter pukal?
-
Senaraikan pangsapuri/flat di Selangor yang telah ditukar dan belum bertukar dari meter pukal kepada meter persendirian mengikut daerah, PBT, Parlimen dan DUN?
