Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

94) PENSWASTAAN PARKING

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Syarikat-syarikat yang ditawarkan projek pengurusan tempat letak kereta di negeri Selangor. Sila senaraikan nama syarikat, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat dan jumlah kontrak setiap syarikat setiap tahun sejak tahun 2004.

    Klik jawapan »

  2. Jumlah hasil pengutipan tempat letak kereta oleh setiap PBT setiap tahun dari tahun 2004

    Klik jawapan »

  3. Pihak manakah yang menanggung kos pegawai kompaun dan mahkamah?

    Klik jawapan »

95) PENGURUSAN AGAMA-AGAMA SELAIN ISLAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Sehingga tahun 2006 terdapat sebanyak 810 buah kuil, 1,111 buah tokong dan 27 buah gereja di seluruh negeri Selangor. Peruntukan yang diberikan oleh kerajaan bagi tujuan baik pulih bangunan keagamaan bukan Islam pula hanya berjumlah kurang dari RM3 juta. Apakah rancangan kerajaan dalam melancar serta menyelaraskan pengurusan dan pentadbiran agama-agama selain Islam di negeri Selangor?

  2. Apakah rancangan dan kaedah-kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk menambah peruntukan kewangan dalam membangunkan mahupun membaik pulih bangunan keagamaan bukan Islam di seluruh negeri Selangor?

  3. Apakah status pendudukan atau pemilikan tanah rumah-rumah ibadat selain agama Islam di kawasan Hulu Kelang?

96) MASALAH PENGHUNI PANGSAPURI ADORRA SRI MUDA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Penghuni Pangsapuri Adorra Taman Sri Muda sedang berdepan kemungkinan ancaman maut kerana ceiling dan bumbungnya sering jatuh di sekeliling pangsapuri, walaupun masalah ini telah diketengahkan kepada pemaju dan Majlis Bandaraya Shah Alam, namun sehingga hari ini tidak ada kerja-kerja pembaikan dilakukan oleh pemaju juga merangkap syarikat penyelenggara. Pada 24hb Ogos 2008 kejadian runtuhan bumbung dan struktur berlaku lagi semasa hujan lebat. Walaupun syarikat ini mempunyai banyak projek lain, mereka seperti lepas tangan akan tanggungjawab mereka dalam penyelenggaraan di pangsapuri ini. Jadi apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas mana-mana pihak yang cuai atau sengaja tidak menjalankan tanggungjawab bagi menjaga keselamatan penghuni setempat.

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri seperti meminda peruntukan undang-undang untuk membendung sikap degil pemaju seumpama ini berulang, dan apakah oleh kerana rumah ini milik golongan berpendapatan rendah? PBT kelihatan tidak berkuasa ke atas pemaju degil ini

    Klik jawapan »

97) PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang bagi projek pembangunan perumahan yang baru mesti dikenakan syarat menyediakan kawasan riadah dan juga kawasan hijau dalam usaha mewujudkan Ógreen lungÓ.

    Klik jawapan »

98) LESEN BESI LUSUH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan jumlah bilangan lesen besi lusuh yang dikeluarkan oleh semua PBT di Negeri Selangor dari tahun 2005 hingga 2008?

    Klik jawapan »

  2. Apakah punca utama yang menyebabkan bilangan lesen yang dikeluarkan oleh semua PBT berkurangan sejak tahun 2007?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan dengan jelas apakah dasar Kerajaan baru Pakatan Rakyat terhadap perkembangan industri besi lusuh ini dan nyatakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi?

    Klik jawapan »

99) PENINGKATAN KES DENGGI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Peningkatan kes denggi dan jumlah kematian di Selangor ketika ini adalah amat membimbangkan. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh PBT & PTD dalam menangani masalah ini?

    Klik jawapan »

  2. Ada sesetengah pihak yang meminta bayaran dan setengahnya pula tidak bagi khidmat penyemburan nyamuk sedangkan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah wang untuk khidmat ini. Mengapakah terjadinya sedemikian?

    Klik jawapan »

100) LATIHAN KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI OLEH BTN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan bercadang untuk terus menghantar kakitangan-kakitangan awam Kerajaan Negeri ke Biro Tatanegara (BTN) untuk menerima latihan dan kursus yang mempunyai unsur-unsur perkauman dan tidak selari dengan dasar CAT Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

101) PENGGABUNGAN SYARIKAT-SYARIKAT AIR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Dasar penswastaan keperluan asas rakyat seperti air, elektrik serta perubatan telah meningkatkan beban kehidupan rakyat. Kerajaan negeri Selangor telah mengambil inisiatif untuk menghakmilik negerikan bekalan air . Apakah status terkini proses penggabungan syarikat-syarikat yang terlibat dengan pengurusan air di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah proses penggabungan syarikat-syarikat terlibat dijangka akan disiapkan dan berapakah kos yang terlibat?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan bahawa kadar harga air yang dikenakan adalah munasabah, pada masa yang sama tidak menjejaskan belanjawan Kerajaan Negeri.

    Klik jawapan »

102) PELABURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Setakat ini, apa pelaburan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri baru? Sila senaraikan.

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam pelaburan pada masa akan datang?

    Klik jawapan »

103) PENGLIBATAN KAUM BUKAN MELAYU DI DALAM SEKTOR AWAM NEGERI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Adakah sebarang peluang bagi kaum bukan Melayu untuk dilantik sebagai DatoÕ Bandar bagi salah satu Bandaraya di Negeri Selangor ini seperti di Shah Alam dan/atau Petaling Jaya?

    Klik jawapan »

  2. Adakah sebarang peluang bagi kaum bukan Melayu untuk dilantik memegang jawatan sebagai Yang Di Pertua bagi mana-mana Majlis Daerah dan Tanah di Negeri Selangor ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kaum bukan Melayu akan dapat diberi peluang dan dilantik sebagai Pengerusi dan/atau Ketua dan/atau Presiden bagi mana-mana Perbadanan Korporat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor sepenuhnya?

    Klik jawapan »