Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
1) PENYUSUNAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini usaha penyusunan tersebut?
-
Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi sehingga menyebabkan usaha tersebut masih enggak bisa sukses sepenuhnya ?
-
Sila nyatakan apakah perancangan KNS sekiranya usaha tersebut menemui jalan buntu ?
2) PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Mohon YAB menjelaskan berkaitan permohonan kemasukan ke sekolahsekolah menengah agama JAIS: i. Berapa jumlah permohonan awal tahun 2015? ii. Berapa jumlah yang ditolak dan diterima? iii. Apakah alternatif kerajaan negeri bagi yang ditolak?
3) STATUS TERKINI ISU BANJIR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Minta Dato' Menteri Besar memperincikan senarai projek-projek tebatan banjir di Kajang dan nyatakan status terkini berserta agensi-agensi yang terlibat
4) MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR HOLDINGS SDN BHD (MSNS)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pengarah, pemegang saham dan pengurusan MSNS kini serta kelayakan mereka?
-
Senaraikan sumbangan MSNS pada tahun 2014?
-
Apakah hala tuju dan strategi MSNS untuk masa hadapan selepas pelantikan Menteri Besar yang baharu?
5) ISU PENCEMARAN AIR SUNGAI DAN GANGGUAN BEKALAN AIR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah penjelasan kerajaan terhadap kegagalan mengesan punca dan kejadian pencemaran air sungai apabila kejadian ini telah berlaku berulang kali dan begitu kerap seolah-olah kerajaan tidak pernah belajar daripada kesilapan dan kecuaiannya sendiri?
6) ARAK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah tegas kerajaan bagi mengawal penjualan arak di premis-premis dalam negeri Selangor?
7) LAPORAN JAWANTANKUASA AUDIT & PENGURUSAN KORPORAT PBT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapa kalikah laporan Jawatankuasa diterima oleh Kerajaan Negeri dari setiap PBT bagi tahun 2014?
-
Apakah alasan dari PBT yang gagal menghantar laporan suku tahun bagi 2014?
-
Apakah tindakan penambahbaikan bagi menjamin keberkesanan jawatankuasa ini berfungsi penuh di PBT?
8) PERUNTUKAN PERSEKUTUAN UNTUK SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Berapakah terimaan kewangan oleh Kerajaan Negeri Selangor berdasarkan Perlembagaan pada tahun 2014?
-
Adakah segala terimaan peruntukan pada tahun 2014 telah dibelanjakan?
9) HAL EHWAL ORANG ASLI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah di antara 1722 hektar tanah yang telah dijalani pemetaan komuniti telah digazetkan sebagai rizab orang asli?
-
Apakah KPI (Key Performance Indicator) kerajaan dalam pewartaan rizab orang asli?
-
Senaraikan usaha baru yang telah dilaksanakan untuk komuniti orang asli pada 2015.
10) USAHAWAN BELIA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah program terkini untuk melibatkan golongan belia menjadi usahawan?
-
Selain daripada modal, adakah terdapat program latihan membentuk usahawan muda yang berjaya?
-
Apakah sasaran kerajaan untuk mewujudkan usahawan belia yang berjaya tahun 2015?