Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

171) PEMBINAAN RUMAH IBADAT

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan negeri akan membina rumah-rumah ibadat yang baru di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah rumah ibadat yang bakal dibina pada tahun 2015 mengikut PBT?

    Klik jawapan »

172) INDUSTRI PENANAMAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan kerajaan Negeri Selangor dalam memajukan industri penanaman makanan binatang ternakan seperti bijirin jagung untuk mengurangkan pergantungan kepada hasil import?

    Klik jawapan »

173) PROJEK PERUMAHAN LADANG AIR MANIS SABAK BERNAM

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut


  1. Mohon penjelasan dari YAB, Projek Perumahan Ladang Air Manis Sabak Bernam, i. Akan diteruskan atau dibatalkan. ii. Jika diteruskan, nyatakan pembahagian jenis rumah yang ditawarkan dengan jumlah unit dan harga

    Klik jawapan »

174) PASAR TAMAN SRI MUDA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan status terkini pembinaan pasar baru di Taman Sri Muda, bilakah ia boleh dimasuki oleh peniaga

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan pecahan jumlah peniaga disini dan apakah ada tambahan peniaga baru

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah parkir untuk kenderaan bagi kemudahan orang ramai dan golongan OKU di sini?

    Klik jawapan »

175) JOM SHOPPING

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini program Jom Shopping?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah penerima skim ini mengikut DUN pada tahun 2014?

    Klik jawapan »

176) WIFI SELANGORKU

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan sebab perkhidmatan Tetuan Extol Corporation S/B ditamatkan

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan perancangan Kerajaan dan status terkini perlaksanaan Wifi Selangorku supaya menepati sasaran seperti yang telah dibentangkan pada sidang Belanjawan 2015

    Klik jawapan »

177) PERANCANGAN KERAJAAN UNTUK MENGELAK BANJIR BESAR KHUSUSNYA DI KAWASAN YANG DIKELILINGI SUNGAI DAN BERHAMPIRAN LAUT SEPERTI SELAT KLANG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan kerajaan untuk memastikan kawasan penduduk yang padat dan di bawah aras air laut dilindungi dari bencana bah besar ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan akan membina benteng di persisiran sungai di Kampung Delek dan Sg Udang?

    Klik jawapan »

178) JALAN RAYA DI IJOK : JALAN SAGA ANTARA PERSIMPANGAN LATAR KE BESTARI JAYA BANYAK LUBANG DAN TIDAK RATA YANG TELAH MENGAKIBATKAN BANYAK KEMALANGAN DI SITU

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah jalan ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dan agensi-agensi yang berkenaan untuk hentikan kenderaan-kenderaan berat yang merosakkan jalan ini?

    Klik jawapan »

179) SAMPAH TIDAK DIKUTIP DI DUN KOTA DAMANSARA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan tindakan kerajaan negeri kepada kontraktor yang tidak mematuhi jadual pengutipan sampah?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan kontraktor yang dilantik mengutip sampah di kawasan Kota Damansara?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan bagi melaksanakan kutipan sampah di kawasan Kota Damansara?

    Klik jawapan »

180) PREMIUM TANAH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula kadar premium tanah yang sedia ada? Jika ya, nyatakan butir-butirnya?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan premium tanah yang dikutip mengikut daerah pada tahun 2013 dan 2014.

    Klik jawapan »