Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

81) PENYELENGGARAAN LANDSKAP POKOK BUNGA DI JALAN MERU – PERSIMPANGAN JALAN SHAPADU

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Agensi manakah dipertanggungjawabkan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah jadual penyelenggaraan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah konsep dan tujuan landskap pokok di rizab jalan?

    Klik jawapan »

82) SJKC TCHE MIN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah status proses pengambilan tanah untuk SJKC Tche Min?

    Klik jawapan »

83) PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tujuan caruman kubur diwujudkan? Berapakah jumlah caruman yang ada mengikut PBT atau Daerah?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah ianya dibelanjakan atau disalurkan?

    Klik jawapan »

  3. Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan dan menyelenggara tanah-tanah perkuburan Cina dan India?

    Klik jawapan »

84) KUOTA JUALAN BUMIPUTERA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis


  1. Apakah piawaian dalam penetapan kuota jualan bumiputera bagi setiap jenis projek pembangunan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah mekanisma menyeluruh untuk pengurangan kuota jualan bumiputera bagi projek pembangunan perumahan yang tidak mendapat sambutan daripada golongan bumiputera?

    Klik jawapan »

  3. Apakah cara untuk mengeluarkan hak milik individu kepada pembeli yang membeli harta dibawah kuota bumiputera tanpa kesedaran akibat pemaju tidak mematuhi penetapan syarat tersebut?

    Klik jawapan »

85) KAMPUNG ORANG ASAL

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan jumlah Kampung Orang Asal di Selangor yang masih tidak mempunyai akses kepada air minum bersih dan kemudahan elektrik.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan tempoh masa Kerajaan Negeri dalam memastikan semua Kampung Orang Asal mempunyai 100% akses kepada air minum bersih dan kemudahan elektrik.

    Klik jawapan »

86) PENCEMARAN ALAM SEKITAR SERIUS OLEH SEBUAH KILANG DI LOT 8942, JALAN BESAR, KAMPUNG TELOK GONG, 42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis


  1. Sebuah kilang di Lot 8942, Jalan Besar, Kampung Telok Gong, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor telah mengeluarkan bau yang sangat busuk dan juga asap yang amat menyesakkan pernafasan dan menjejaskan kesihatan penduduk-penduduk bersebelahan dan murid-murid di sekolah SJK(C) Lee Min yang berdekatan. Beberapa aduan telah dikemukakan kepada pihak berkenalan tetapi tiada tindakan langsung. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ini?

    Klik jawapan »

87) PERUNTUKAN KERAJAAN UNTUK JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR (JAIS)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peruntukan bajet Kerajaan tahunan JAIS? Senaraikan peruntukan setiap tahun mulai 2008 hingga 2014.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah yang dibelanjakan dari peruntukan bajet JAIS setiap tahun? Senaraikan setiap tahun mulai 2008 hingga 2014.

    Klik jawapan »

  3. Apakah faktor-faktor menyebabkan bajet tahunan tersebut tidak dapat dihabiskan?

    Klik jawapan »

88) DIVIDEN ANAK-ANAK SYARIKAT KEPADA KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan semua anak-anak syarikat kerajaan negeri, keuntungan/kerugian tahunan dan dividen yang dibayar kepada kerajaan Negeri untuk setiap tahun dari 2008 hingga 2015

    Klik jawapan »

89) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak Rumah Selangorku yang telah disiapkan, sedang dibina dan yang belum dibina tetapi telah kebenaran merancangnya telah diluluskan? Sila memberi butirannya mengikut pecahan projek dan pemajunya.

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana harganya boleh dikawal dan pembiayaannya dapat diteruskan oleh pembeli yang permohonan pinjaman banknya tidak diluluskan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah sebarang kuota kaum dikenakan ke atas Rumah Selangorku?

    Klik jawapan »

90) KUMPULAN PERANGSANG

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah aktiviti utama yang diceburi oleh Kumpulan Perangsang?

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan kedudukan kewangan secara terperinci Kumpulan Perangsang sejak 3 tahun yang lepas.

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan nama ahli lembaga pengarah dan semua kemudahan serta elaun, bonus yang diterima sejak 2013.

    Klik jawapan »