Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
121) RUMAH RAKYAT (COUNCIL HOMES)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
PBT mana yang menawarkan "Council Homes" pada masa ini?
-
Berapakan bilangnan rumah ini yang diduduki dan yang kosong?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menambahkan bilangan "Council Homes"?
122) SAMPAH, PENYELENGGARAAN DAN BAIKPULIH
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha proaktif kerajaan dalam menyelesaikan masalah tapak pembuangan sampah haram?
-
Pihak manakah yang bertanggungjawab menyelenggarakan rumput-rumput bahu jalan-jalan kampung?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan khas program membaikpulih semua kemudahan awam yang terdapat di kampung-kampung?
123) RAIN HARVESTING/PENUAIAN HUJAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kerajaan negeri di dalam prospek Rain Harvesting atau Penuaian Hujan di Selangor?
-
Apakah perancangan dari kerajaan negeri bagi menjadikan Rain Harvesting atau Penuaian Hujan di Selangor sebagai suatu sumber penggunaan air?
124) PEMILIHAN DATOÕ BANDAR DAN YDP MELALUI PILIHAN RAYA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melantik DatoÕ Bandar Dan YDP secara pilihan raya.?
-
Apakah halangan untuk melaksanakannya?
-
Apakah usaha untuk mengatasi masalah ini.?
125) NON REVENUE WATER (NRW)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Berapakah kadar NRW semasa di Selangor dan apakah faktor-faktor menyebabkan ia sukar dikawal?
-
Kawasan atau zon manakah yang mempunyai kadar NRW tertinggi?
-
Apakah langkah kerajaan negeri untuk membantu pihak konsesi bekalan air mengurangkan kadar NRW?
126) KEBAKARAN HUTAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan hutan-hutan di Selangor yang berlaku kebakaran pada tahun 2014. Sila berikan butir-butirnya.
-
Apakah penghargaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada anggota- anggota yang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di hutan.
127) PERAMPASAN TANAH
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia merampas tanah terbiar di Pandamaran?
-
Berapa tanah yang pernah dirampas oleh Kerajaan Negeri atas alasan kebakaran yang mengakibatkan masalah jerebu?
128) PENYELIA PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Mengapakah pelantikan Penyelia Pusat Wanita Berdaya di sesetengah kawasan masih lagi belum lengkap sepenuhnya?
-
Bilakah Kerajaan Negeri dijangka akan menyelesaikan pelantikan Penyelia Pusat Wanita Berdaya?
129) PENGURUSAN BANJIR & AKTIVITI MENDALAMKAN SUNGAI LANGAT
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha yang telah diambil sepanjang tempoh 2013 sehingga kini untuk meningkatkan kecekapan pengurusan banjir terutama di DUN Dusun Tua.
-
Sila nyatakan di antara JPS dan Kumpulan Semesta pihak manakah yang bertanggungjawab untuk mendalamkan sungai dan membaiki tebing-tebing sungai.
130) PROJEK SELANGORKU SEJAHTERA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah projek-projek yang telah diluluskan di 12 PBT dalam Projek Selangorku Sejahtera?
-
Nyatakan nilai setiap projek.