Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

171) PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Pesuruhjaya Bangunan (Shah Alam) bagi membantu pangsapuri kos rendah di Bandar Baru Sungai Buluh yang telah diabaikan oleh pemaju kerana pemaju berkenaan telah di likwidasi oleh mahkamah.

    Klik jawapan »

  2. Mengapakan Pesuruhjaya Bangunan (Selayang) masih tidak mengadakan mesyuarat pemilihan JMB di pangsapuri kos rendah Danau Rebung Sungai Buluh walaupun tempoh mengadakan mesyuarat agung tahunan telah luput tempoh?

    Klik jawapan »

  3. Adakah tindakan Pesuruhjaya Bangunan (Selayang) bagi membantu memperbaiki kerosakan lif dan kerosakan pembetungan di pangsapuri kos rendah Desa 1 yang telah bertahun lama tidak berfungsi?

    Klik jawapan »

172) KAEDAH PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan dengan detail jumlah bilangan kawasan pelupusan sisa pepejal yang dikendalikan oleh setiap PBT?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah kaedah pengurusan sisa pepejal yang diguna pakai oleh PBT dan apakah keberkesanannya?

    Klik jawapan »

  3. Sila huraikan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri dalam pengurusan sisa pepejal dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih dan mesra alam?

    Klik jawapan »

173) AKTIVITI EKONOMI UTAMA SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh

Kategori: Mulut


  1. Butir-butir aktiviti ekonomi dalam Negeri Selangor mengikut jenis, iaitu perindustrian, perkhidmatan, pertanian dan sebagainya dan sumbangan mereka kepada keseluruhan ekonomi Negeri Selangor dalam tahun 2012?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam meningkatkan aktiviti perindustrian yang tidak "labour intensive"

    Klik jawapan »

174) TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor turut serta dalam kempen promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 anjuran Kerajaan Persekutuan?

    Klik jawapan »

  2. Sekiranya ada, berapakah jumlah peruntukan yang telah disediakan untuk dibelanjakan bagi memastikan produk-produk pelancongan berkenaan berada di dalam keadaan yang terbaik?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan lokasi-lokasi produk pelancongan yang telah disenaraikan dalam promosi berkenaan?

    Klik jawapan »

175) PENGASINGAN SAMPAH

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan kerajaan dalam melaksanakan program pengasingan sampah mengikut Akta 672.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah anggaran penjimatan kos pengurusan sampah jika program ini dilaksanakan?

  3. Berapakah anggaran kos bagi memulakan program ini?

176) HUTANG TALAM

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini kutipan hutang Syarikat Talam sebanyak RM39.2juta terhadap kerajaan Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan masih mengkaji sama ada Syarikat Talam masih mempunyai hutang yang belum dikutip dan apakah statusnya?

    Klik jawapan »

177) PERUNTUKAN UNTUK PENGHULU-PENGHULU MUKIM

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Adakah pihak kerajaan negeri berhasrat atau merancang memberi peruntukan khas kepada penghulu-penghulu mukim bagi merancakkan lagi program kampung-kampung

    Klik jawapan »

178) EXCO DAN ADUN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Badan Pemantau Pentadbiran Negeri (SELCAT) telah melakukan penyiasatan bagi memastikan EXCO dan ADUN sentiasa bersih daripada penyelewengan sepanjang perkhidmatan. Senaraikan Exco dan ADUN yang terlibat dalam penyiasatan ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah hasil siasatan dan adakah ia diuar-uarkan kepada umum?

    Klik jawapan »

179) SEKOLAH MENENGAH AGAMA / MAAHAD TAHFIZ

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Setakat manakah perkembangan pembinaan sekolah tersebut khususnya di Ampang dan Pandan memandangkan tapaknya sudah tersedia ada dari tahun 2009 lagi-kelulusan didapati melalui STANCO Agama?

    Klik jawapan »

180) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah PBT-PBT di Selangor sudah bersedia sepenuhnya untuk mengembangkan pasukan pembersihan sisa-sisa pepejal dalaman (in-house solid waste team) untuk menguruskan masalah sisa-sisa pepejal daripada terus bergantung kepada kontraktor-kontraktor luar?

    Klik jawapan »