Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

81) KESIHATAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan penerima skim hadiah ini dari 2008-2013 mengikut daerah, Parlimen dan DUN

    Klik jawapan »

  2. Adakah Program HPIPT memberikan impak yang positif kepada pelajar secara menyeluruh?

    Klik jawapan »

82) PROGRAM HADIAH PENGAJIAN INTITUSI PENGAJIAN TINGGI (HPIPT)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan penerima skim hadiah ini dari 2008-2013 mengikut daerah, Parlimen dan DUN

    Klik jawapan »

  2. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 siri 2 bagi Negeri Selangor ada mengatakan Program HPIPT kurang memuaskan kerana syarat kelayakan pemohon tidak dipatuhi sepenuhnya. Apakah syarat minimum permohonan HPIPT dan sebab syarat kelayakan tidak dipatuhi?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Program HPIPT memberikan impak yang positif kepada pelajar secara menyeluruh?

    Klik jawapan »

83) KUALITI DAN KEBERKESANAN KHUTBAH JUMAAT

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan kerajaan untuk mendapat maklum balas orang ramai terhadap kualiti dan keberkesanan khutbah Jumaat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah ciri-ciri pengislahan ummah ke arah al-bir wat-taqwa yang mahu dicapai melalui khutbah Jumaat?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan program bagi melahirkan para khatib yang berkesan?

    Klik jawapan »

84) TANAH RUNTUH BUKIT GASING

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan untuk membaik pulih dan mengatasi insiden-insiden tanah runtuh di Bukit Gasing, Petaling Jaya dan jangka masa tindakan tersebut

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk merampas tanah-tanah persendirian yang terlibat dengan tanah runtuh

    Klik jawapan »

85) CUTI BERGAJI SEBULAN KEPADA WANITA KEMATIAN SUAMI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut


  1. Berapa jumlah kakitangan yang telah memanfaatkan cuti bergaji sebulan sehingga kini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah manfaat dan kesan langsung mereka yang menerima manfaat ini?

    Klik jawapan »

86) MASALAH PENIAGA WARGANEGARA ASING DI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut


  1. Terdapat semakin ramai warganegara-warganegara asing yang kini berniaga di Negeri Selangor, contohnya di Flat Chi Liung Pandamaran dan pasar pagi Jalan Papan Pandamaran. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah tersebut memandangkan ia telah mempengaruhi atau menghakiskan perniagaan-perniagaan peniaga tempatan dengan serius?

    Klik jawapan »

87) PERLAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN DALAM BAJET 2013

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut


  1. Berapa peratus bajet tahunan untuk pembangunan dapat dilaksanakan setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2012?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan jabatan yang gagal untuk melaksanakan bajet pembangunan di bawah 80% dari tahun 2008 hingga 2012

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang telah diambil ke atas jabatan tersebut bagi memastikan bajet ini dilaksanakan?

    Klik jawapan »

88) HOTEL BAJET

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan gejala sosial dapat dicegah di hotel-hotel bajet ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang dikenakan oleh kerajaan negeri kepada pengusaha hotel bajet yang didapati menyumbang kepada berlakunya gegala sosial?

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan nama dan syarikat pemilik hotel-hotel bajet yang telah diberikan lesen mengikut PBT dari 2008-2013?

    Klik jawapan »

89) PENGUKUHAN KEFAHAMAN ISLAM TERHADAP SAUDARA BARU DI KALANGAN ORANG ASLI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Melalui penelitian yang dibuat berdasarkan maklumat atau kunjungan ke penepatan orang-orang asal khususnya di Negeri Selangor dan daerah- daerah tertentu didapati perlaksanaan mengukuhkan kefahaman Islam terhadap mereka begitu membimbangkan. Apakah peranan dan tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan perkara tersebut?

    Klik jawapan »

90) MENAIKTARAF PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengiktiraf Pihak Pengurusan dan Pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bagi tujuan naik taraf sebagai sebuah Majlis Perbandaran? i) Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk membina sebuah Wisma MDKL yang baru dan dilengkapi dengan teknologi moden untuk semua Warga MDKL memandangkan Bangunan yang sedia ada berkeadaan padat? ii) Jika Ya, sila berikan lokasi dan nyatakan kos pembinaan; iii) Jika Tidak, mengapa?

    Klik jawapan »