Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

101) PELANTIKAN AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Bilakah pelantikan ahli majlis PBT yang baru?

  2. Mengapa pelantikan sering ditangguhkan?

102) KONTRAKTOR PENURAPAN JALAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Kenapa Kerajaan tidak menyerahkan pada satu atau dua kontraktor sahaja yang mempunyai kelayakan dan kepakaran dalam mengendalikan kerja-kerja penurapan jalan seluruh Negeri Selangor supaya: i. Mudah bagi pihak yang berwajib memantau. ii. Penjimatan kos yang tinggi berbanding dengan menggunakan kontraktor- kontraktor kecil yang banyak.

    Klik jawapan »

103) OPS MUNGKAR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Mantan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam pernah turun padang dalam Ops Mungkar bagi membanteras premis hiburan tidak bermoral dan tidak berlesen. Apakah pendekatan yang diambil oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam baru untuk membanteras masalah moral dan maksiat di kalangan orang Islam?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam baru sanggup turun padang menunjukkan teladan dan sikap serius?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan negeri mendapat sokongan dari agensi-agensi kerajaan pusat dalam melaksanakan OPS seperti ini?

    Klik jawapan »

104) TANAH-TANAH BANGLO

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Sila berikan latar belakang dan kronologi pemberian tanah-tanah banglo di kawasan perumahan USJ 3B dan USJ 3D ( seperti butir-butir kegunaan asal, tarikh permohonan, kelulusan, bayaran dan sebagainya).

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan nama pemilik, jumlah premium tanah yang telah dibayar dan cara penjualan tanah-tanah banglo ini (sama ada melalui rundingan terus, iklan atau sebagainya).

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah soalan ini tidak dijawab semasa ditanya pada tahun 2008?

    Klik jawapan »

105) PERMOHONAN LAMPU ISYARAT DI SIMPANG 3 FASA 3 PUNCAK ALAM

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Bilangan kenderaan semakin bertambah dengan pertambahan pengguna laluan utama jalan raya ini terutama dari penuntut-penuntut UiTM Puncak Alam, kakitangan UiTM dan penduduk dari kampung berdekatan, yang mengguna laluan ini untuk ke UiTM Puncak Alam, Meru Klang, Shah Alam dan Sg Buloh Kepong. Pejabat Saya telah berhubung dengan bahagian perancangan pembangunan bandar Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) tentang aduan penduduk berkaitan lampu isyarat dan laluan kedua ke jalan utama di Fasa 3. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membina lampu isyarat di Persimpangan di Persiaran Puncak Alam 6, dari arah Taman Perumahan Shah Alam 2 dan Persiaran Puncak Alam 1 dari arah Taman Perumahan Fasa 2, Bandar Puncak Alam?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membina lampu isyarat di jalan utama Taman Perumahan Fasa 3 untuk keluar masuk?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membina jalan kedua keluar masuk ke Taman Perumahan Seksyen 12, Fasa 3 Puncak Alam yang juga melibatkan penduduk Apartmen, Sekolah Rendah yang sudah setahun beroperasi dan Sekolah Menengah yang hampir siap pembinaannya?

    Klik jawapan »

106) KOMPLEKS SUKAN PKNS KELANA JAYA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri telah mengarahkan untuk PKNS untuk mengadakan dialog dengan penduduk SS 7 Kelana Jaya berhubung pembangunan semula Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya selepas dibangkitkan pada Sidang yang lepas. Bilakah dialog tersebut akan diadakan?

    Klik jawapan »

107) MITIB , KUALA LANGAT (MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI ISTANA BANDAR )

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah pencapaian pelajar-pelajar di MITIB selepas hampir 5 tahun dibuka dan apakah penambahbaikan yang dilaksanakan sekarang

    Klik jawapan »

  2. Adakah jaminan kerajaan terhadap tenaga pengajar yang masih lagi berjawatan secara kontrak untuk diserapkan ke jawatan tetap

    Klik jawapan »

108) PENCURIAN PASIR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Dalam usaha membanteras pencurian pasir, penguatkuasa telah pun pernah menahan beberapa ÔexcavatorÕ (jentera pengorek pasir). Akan tetapi, Kerajaan Negeri dan KSSB tidak mempunyai ÔloaderÕ untuk membawa balik excavator-excavator yang dirampas. Excavator-excavator pun ditinggalkan begitu sahaja dan akhirnya diambil balik oleh pencuri pasir. Adalah difahamkan bahawa syarikat-syarikat swasta yang mempunyai ÔloaderÕ tidak berani untuk menyewa kepada Kerajaan Negeri kerana mereka telah pun diberi amaran oleh pencuri-pencuri pasir ini. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

109) MASJID PEKAN DENGKIL

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Masjid Pekan Dengkil telah lama dalam cadangan untuk dibina semula dan peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak 3 juta telah diluluskan pada tahun 2010. Bilakah pembinaan masjid tersebut akan dimulakan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah sebenar sumbangan dari kerajaan negeri untuk pembinaan tersebut?

    Klik jawapan »

110) PELABURAN SEKTOR PEMBUATAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Selangor menjadi Negeri kedua tertinggi, mendapat pelaburan sektor pembuatan dalam Malaysia. Siapakah pelabur-pelabur tersebut, adakah semua pelaburan baru atau tambahan daripada pelaburan awal?

    Klik jawapan »