Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

81) SISTEM PERLANTIKAN AJK MASJID YANG BARU

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Sistem pemilihan AJK Masjid di seluruh Selangor dibuat secara lantikan oleh anak kariah secara terbuka melalui pemilihan undi terbuka sejak dahulu. Adakah sistem pemilihan ini terus dipraktikkan pada masa yang akan datang?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk membuat penambahbaikan dengan mengadakan sistem yang lebih berkesan dan bersistematik dengan data yang lengkap dan sepadu

    Klik jawapan »

82) BANTUAN DAN BIASISWA PENDIDIKAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Persekutuan memberi biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) manakala manifesto Pakatan Rakyat pada PRU 12 mahu memberi bantuan dan biasiswa pelajaran kepada para pelajar. Apakah tindakan Kerajaan Negeri merealisasikan hasrat tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyakkah perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk membiayai bantuan dan biasiswa tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan jumlah orang pelajar, pecahan kaum dan jenis kursus dan institusi di mana pelajar tersebut belajar?

    Klik jawapan »

83) KHUTBAH JUMAAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Khutbah Jumaat yang disampaikan seharusnya terkawal dan bebas daripada unsur- unsur politik selaras dengan Titah arahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor untuk menjamin keharmonian para jemaah beribadah. Mengapakah masih wujud pembaca Khutbah tanpa teks yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam (JAIS) ?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah teks Khutbah yang disediakan pada 10 Jun 2011 berunsurkan politik membela seorang Pemimpin Pakatan Rakyat ?

    Klik jawapan »

84) PERKEMBANGAN UNISEL DEWASA INI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri melakukan usaha untuk meningkatkan prestasi Universiti Selangor termasuk menukar namanya dari Universiti Industri Selangor (UNISEL) sebelum ini. Apakah kesan ketara setelah pertukaran nama tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah hasil penyelidikan yang boleh dibanggakan dihasilkan oleh warga UNISEL?

    Klik jawapan »

  3. c) Apakah hasil penyelidikan yang boleh dibanggakan dihasilkan oleh warga UNISEL?

    Klik jawapan »

85) EKONOMI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Berapa jumlah rizab terkini ekonomi negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan hasil negeri

    Klik jawapan »

86) PENGURUSAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN SAMPAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah status pengurusan kerja-kerja pembersihan dan sampah di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT)?

    Klik jawapan »

87) SKIM RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sehingga kini, berapa dan manakah lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti untuk membina rumah mampu milik?

    Klik jawapan »

88) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor yang mana asalnya Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Ampang beroperasi di Pejabat Penghulu Mukim Ampang 1 kini ada ura-ura berpindah ke Pejabat Umno Bahagian Ampang.

    Klik jawapan »

89) PEMOTONGAN AIR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Inisiatif kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) melancarkan Tabung Budi telah dapat membantu mereka yang mengalami tunggakan bil air menikmati bekalan air semula. Mengapakah Kerajaan Negeri mahu menghalang Tabung Budi yang bertujuan murni?

    Klik jawapan »

  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah bil air pengguna yang tertunggak?

    Klik jawapan »

  3. Adakah masih ramai pengguna yang mengalami masalah bil air tertunggak?

    Klik jawapan »

90) KESAN PENUTUPAN IKYS

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Mesyuarat DUN pernah meluluskan usul agar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) Bagan Terap dibuka semula. Apakah tindakan semasa susulan kerajaan negeri daripada usul yang diluluskan?

  2. Apakah kesan baik kepada pelajar terbabit kesan penutupan tersebut?

  3. Apakah perancangan kerajaan bagi bangunan IKYS yang ditinggalkan?