Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

5) PETANI / PESAWAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah strategi dan program mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan para pesawah?

    Klik jawapan »

  2. Harga sawit juga mengalami penurunan, apakah program sampingan yang boleh menambah pendapatan petani?

    Klik jawapan »

26) MASALAH PENGUATKUASAAN TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Tindakan MBSA hendak menangkap orang ramai atau orang yang kena kompaun, yang gagal bayar kompaun parking kereta. Adakah ini satu penyelesaian yang terbaik?

    Klik jawapan »

  2. Adakah ini satu hasil atau bagi mengurangkan bantuan kerajaan perintah Selangor kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ?

    Klik jawapan »

27) SUMBER KEWANGAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri ada bercadang untuk menubuhkan satu institusi seumpama Baitulmal bagi menjana pendapatan bagi tujuan membiayai pembangunan negeri. Adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa institusi Baitulmal hanya untuk orang Islam dan hasilnya tidak wajar diguna untuk pembangunan negeri?

    Klik jawapan »

  2. Jika benar satu institusi baru akan ditubuhkan, apakah rupa bentuk institusi tersebut?

    Klik jawapan »

39) PERUMAHAN (MASALAH PENEMPATAN SETINGGAN)

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Kita menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Jawatankuasa Khas ke arah menyelesaikan masalah pemindahan setinggan di Bukit Botak, Selayang yang telah berlarutan begitu lama. Sejauh manakah Kerajaan Negeri dapat menjamin laporan Jawatankuasa Khas ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri supaya benar-benar dapat menyelesaikan masalah penduduk

    Klik jawapan »

40) KAMPUNG BARU

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Sehingga kini, berapakah jumlah Kampung Baru dan kawasan Kampung Bagan yang telah mendapat geran tanah?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana proses dan tempoh untuk mendapatkan geran-geran tanah tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah program-program khusus yang dilakukan di kampung-kampung baru bagi memastikan penduduknya bersama dengan aspirasi kerajaan?

    Klik jawapan »

48) AGENDA MERAKYATKAN EKONOMI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan, prestasi dan bajet yang diperuntukkan untuk program-program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor berikut : i) Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) ii) Hadiah Anak Masuk Universiti iii) Caruman Takaful & Perubatan Percuma kepada Warga Emas iv) Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)

    Klik jawapan »

54) RANGSANGAN EKONOMI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan ada mencadangkan pakej rangsangan ekonomi untuk lima projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi RM 50 bilion. Apakah status perancangan dan pelaksanaan lima projek-projek berkenaan dari segi peruntukan, tempoh fasa dan sebagainya iaitu pembangunan semula kawasan bandar, pemulihan Sungai Klang, pengambilan semula aset perkhidmatan air, penaikan taraf pengangkutan awam dan pemulihan projek-projek yang terbiar

    Klik jawapan »

67) ANAK PRA-SEKOLAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Adakah Negeri Selangor bercadang menubuhkan pusat anak pra-sekolah seumpama Program ÒPermata NegaraÓ sebagai tanda keprihatinan terdapat rakyat?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan sudah melaksanakan cadangan untuk memberi bantuan RM50 sebulan seorang anak bagi pendidikan pra-sekolah seperti yang pernah dijanjikan?

    Klik jawapan »

73) TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan bercadang untuk menurunkan cukai tanah terutamanya di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ÔKerajaan BerkebajikanÕ?

    Klik jawapan »

  2. Kerajaan Negeri ada menubuhkan task force berkenaan tanah negeri, apakah hasil kajian, pemerhatian dan cadangan yang telah dikemukakan oleh task force ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah dasar Kerajaan Negeri berhubung dengan ÔpemberimilikanÕ tanah-tanah bagi setinggan, peneroka, TOL dan kampung baru?

    Klik jawapan »

74) JAWATANKUASA TETAP HAL EHWAL ISLAM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Dimaklumkan hanya lima pihak berkuasa dibenarkan mengeluarkan kenyataan melibatkan isu-isu agama Islam di negeri ini bagi memastikan maklumat disiarkan media adalah tepat iaitu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, MAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Ketua Hakim Syarie dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Adakah ini bermakna Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam telah dikurangkan kuasanya dan tidak boleh mengeluarkan kenyataan melibatkan isu-isu agama Islam?

  2. Apakah skop dan tugasan yang ditadbir urus oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam?

    Klik jawapan »