Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

151) PENGGANGGURAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kadar pengangguran terkini di Negeri Selangor selepas kesan ekonomi global telah menyebabkan pengusutan yang agak signifikan pada beberapa sektor pembuatan.

    Klik jawapan »

  2. Sejauh mana usaha Kerajaan Negeri seperti Selangor Retrechment Centre berjaya membantu penganggur di negeri di Selangor keluar dari masalah tiada pekerjaan

    Klik jawapan »

152) HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pembayaran yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk hadiah anak masuk universiti?

    Klik jawapan »

  2. Apakah taburan pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang telah menerima hadiah ini?

    Klik jawapan »

153) MEMPERKASAKAN MASJID-MASJID

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah pencapaian Kerajaan Negeri dalam memperkasakan lagi masjid-masjid yang sedia ada.

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan bagi tahun hadapan agar masjid-masjid di Negeri Selangor ini benar-benar menjadi pusat aktiviti dan transformasi rakyat.

    Klik jawapan »

154) HAKISAN PANTAI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peruntukan kewangan yang disediakan dalam Tahun 2000 oleh Kerajaan Negeri untuk menyelenggara ban-ban tepi laut daripada hakisan ombak di kawasan pantai Negeri Selangor mengikut daerah?

    Klik jawapan »

155) PERTUBUHAN YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Apakah fungsi Yayasan Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah Yayasan Selangor dapat membantu rakyat Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah keuntungan yang telah dijana oleh Yayasan Selangor sejak tahun 2006?

    Klik jawapan »

156) POLISI BERSIH KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. erajaan Negeri telah melancarkan kempen kebersihan peringkat negeri pada 11 Januari 2009 yang melibatkan semua PBT-PBT. Apakah tindakan lanjut dilakukan selepas pelancaran ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah sebarang pertandingan kawasan terbersih di kalangan PBT-PBT?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kesan positif hasil dari kempen kebersihan ini?

    Klik jawapan »

157) PROGRAM SPIES

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terkini mengenai program SPIES dan berapa peratuskah program ini membantu menangani masalah pekerja yang dibuang/diberhentikan akibat masalah ekonomi global?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk program yang dibangunkan secara usaha sama dengan agensi-agensi pekerjaan tertentu bagi membangunkan program modal insan selain dari bantuan mendapatkan pekerjaan baru? (penekanan kepada aspek kemahiran / bidang kritikal)

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyakkah syarikat-syarikat GLC / agensi-agensi yang terlibat dan sumbangan mereka di dalam menjayakan program SPIES ini?

    Klik jawapan »

158) PUSAT KREMATORIUM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan pusat-pusat krematorium yang sedia ada di Negeri Selangor mengikut susunan daerah?

    Klik jawapan »

  2. Memandangkan tanah-tanah yang dijadikan untuk tujuan perkuburan semakin berkurangan, maka dengan itu apakah perancangan dan bantuan Kerajaan Negeri pada masa akan datang khususnya untuk membina lebih banyak pusat krematorium yang baru?

    Klik jawapan »

159) PERPINDAHAN PENIAGA-PENIAGA PASAR BASAH SELAYANG BARU

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Perancangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyusun semula pembangunan di kawasan Selayang Baru adalah sesuatu yang baik demi kepentingan penduduknya. Namun demikian, pembinaan pasar baru yang akan menempatkan peniaga-peniaga yang buat masa ini berniaga dalam kawasan pasar basah Selayang telah menimbulkan banyak rungutan dan keputusan ini seharusnya dipertimbangkan semula. Apakah rasional Pihak Berkuasa Tempatan membina bangunan baru sedangkan pasar basah sedia ada boleh dinaiktaraf dengan memberi perhatian kepada susun atur dan aspek-aspek utiliti yang sempurna dan kemas.

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah kemudahan pasar baru ini dijangka mampu membantu peniagapeniaga tradisi ini dari aspek meningkatkan ekonomi mereka dan pengunjung terutamanya suri rumah yang sudah berusia dari segi keselesaan

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah perancangan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan projek pembinaan pasar baru ini tidak akan menjadi ÕGajah PutihÕ sebagaimana yang dialami di kebanyakan kawasan yang sudah pun melaksanakan projek yang serupa.

    Klik jawapan »

160) PILIHANRAYA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mengadakan pilihan raya Umum Negeri Selangor secara tersendiri dan berasingan daripada membubarkan Dewan Negeri secara serentak dengan Dewan Rakyat pada pilihan raya umum?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menghantar cadangan-cadangan kepada Suruhanjaya pilihan raya untuk menambahkan jumlah kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri akan memberikan cadangan bagi nama-nama yang sesuai untuk kawasan-kawasan yang baru?

    Klik jawapan »