Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

181) TANAH-TANAH YANG DIMILIKI OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah keseluruhan tanah-tanah kosong yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor pada masa kini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pihak Kerajaan Negeri Selangor merancang sebarang pembangunan di atas tanah-tanah kosong tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk membahagi-bahagikan tanah-tanah kosong tersebut kepada rakyat-rakyat miskin yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk diusahakan oleh mereka sebagai tanah pertanian?

    Klik jawapan »

182) KUIL HINDU DI SEKSYEN 23, SHAH ALAM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terbaru isu pemindahan kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan untuk mencari satu penyelesaian terhadap masalah yang lama dipinggirkan ini?

    Klik jawapan »

183) PENGURANGAN PREMIUM PAJAKAN TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Isu premium pajakan tanah melibatkan pemilik tanah di Petaling Jaya masih belum dilunaskan disebabkan kadar yang terlalu tinggi bagi pemilik. Bagaimana dapat kerajaan pertimbangkan mengenakan premium pajakan tanah yang lebih munasabah bagi pemilik dapat melanjutkan tempoh pajakan mereka?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana pemilik dapat membuat permohonan pengurangan premium pajakan tersebut?

    Klik jawapan »

184) PRESTASI PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR(PKPS)

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan kerajaan dalam mempertingkatkan prestasi PKPS memandangkan kebanyakan projeknya masih menanggung kerugian?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang diambil terhadap mereka yang didapati terlibat dalam salah laku pengurusan Projek Taman Orkid Antarabangsa (International Orchid Park)?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan dan tindakan yang diambil terhadap pihak pengurusan dalam kes kegagalan Projek Taman Landskap dan Taman Herba?

    Klik jawapan »

185) KRISIS EKONOMI (KENAIKAN HARGA BARANG)

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Rakyat miskin masih ditekan oleh masalah Krisis Ekonomi dan kenaikan harga barangan dan makanan. Kerajaan Negeri telah pun menghulurkan bantuan terhadap mereka yang malang. Bagaimanakah program-program ini disalurkan dan apakah garis pengukur terhadap keberkesanannya?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan berusaha untuk menawarkan kerja baru bagi mereka yang berjaya mengikuti kursus dan latihan?

    Klik jawapan »

186) TENDER TERBUKA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan butir-butir projek Kerajaan Negeri yang telah menggunakan sistem tender terbuka sejak Mac 2008

    Klik jawapan »

  2. Adakah sistem pemberian kontrak di tahap Kerajaan Negeri dan PBT selaras dengan garis panduan atau cadangan Transparency International yang mempromosikan ketelusan?

    Klik jawapan »

187) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sehingga kini, berapa rumah ibadat bukan Islam di Selangor yang masih menghadapi masalah tanah dan perlu dipindah?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan lokasi rumah-rumah ibadat tersebut dan lokasi yang bakal dipindah

    Klik jawapan »

188) HANYA 0.6% SAHAJA PELAJAR BUKAN MELAYU DI BAWAH TAJAAN YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Dari 15,000 pelajar yang tinggal di asrama-asrama Yayasan Selangor hanya seramai 90 orang, iaitu 0.6% sahaja pelajar bukan Melayu. Apakah punca-punca berlakunya pencapaian yang amat jauh dari kuota 10% yang telah ditetapkan?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah langkah-langkah mempromosikan pertambahan kemasukan pelajar-pelajar bukan Melayu yang dijalankan telah tidak berjaya mencapai kuota 10%?

    Klik jawapan »

  3. Apakah program-program integrasi antara kaum di kalangan pelajar yang akan dilaksanakan oleh Yayasan Selangor sehingga jurang 0.6% ke 10% ini dapat diatasi?

    Klik jawapan »

189) INFRASTRUKTUR PROJEK LRT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Huraikan kuasa Kerajaan Negeri dalam mengawal selia pembinaan sambungan kemudahan LRT di Selangor sedangkan syarikat milik kerajaan pusat ini seperti tidak mahu bekerjasama dengan agensi Kerajaan Negeri

    Klik jawapan »

  2. Apakah status terkini berhubung rancangan Kerajaan Negeri yang menghubungkan seluruh Selangor dalam tempoh masa satu jam

    Klik jawapan »

  3. Apakah status terkini berhubung bantahan penduduk berkenaan pembinaan LRT berhampiran pencawang elektrik di kawasan Putra Height Subang Jaya

    Klik jawapan »

190) TV SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut


  1. Berkenaan TV Selangor, ia merupakan suatu cara jentera Kerajaan Negeri Selangor berhubung dengan anak Selangor dan penduduk-penduduk persekitaran. Adakah ia berkesan dalam pelaksanaannya. Siapakah (agensi/jawatankuasa) yang memantau keberkesanannya, dan pernahkah laporan masa semasa dibuatnya?

    Klik jawapan »