Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

71) PENGURUSAN BEKALAN AIR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Tarif air SYABAS termasuk caj minimum, adalah kira-kira 3 kali ganda dari Pulau Pinang. Tidakkah ini sangat melampau kerana Pulau Pinang masih untung walaupun hanya mempunyai 300,000 pengguna sedangkan SYABAS mempunyai 1.5juta pengguna

    Klik jawapan »

  2. Adakah SYABAS untung setelah diswastakan? Sila tunjukkan perbelanjaan dan peningkatan prestasisebelum dan selepas penswastaan

    Klik jawapan »

  3. Berapakah hutang kepada ketiga-tiga konsesi pengeluar air bersih sebelum dan selepas SYABAS mengambilalih operasi pengagihan air?

    Klik jawapan »

72) LADANG KELAPA SAWIT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat banyak ladang kelapa sawit milik kerajaan negeri Selangor tidak diuruskan dengan baik dan dibiarkan sahaja serta hasilnya tidak dikutip. Berapakah ladang kelapa sawit yang dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor dan sila berikan maklumat secara terperinci untuk setiap ladang tersebut.

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk menguruskan ladang-Iadang yang terbiar?

    Klik jawapan »

73) MASALAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAMANSARA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis


  1. Masalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Damansara sudah melebihi 7 tahun sengaja ditutupkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tanpa alasan yang munasabah malah terdapat khabar-khabar angin negatif tentang status tanah sekolah berkenaan. Apakah status sebenar tapak tanah sekolah berkenaan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri komited untuk mewartakan tanah tersebut untuk terus dijadikan tapak SJK Damansara agar tidak ditebus guna sebagai tapak kegunaan komersial?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah SJK Cina dan Tamil di seluruh Negeri Selangor dan kawasan manakah yang paling banyak?

    Klik jawapan »

74) MENINGKATKAN TARAF HIDUP PENDUDUK DI KAMPUNG BARU CINA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah Kampung Baru Cina di seluruh Selangor dan apakah masalah yang sering dihadapi oleh penduduk di Kampung Baru Cina dari segi kemudahan asas?

    Klik jawapan »

  2. Sejak lima (5) tahun kebelakangan ini, berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri untuk menaik taraf Kampung Baru Cina

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan terbaru kerajaan negeri untuk menaik taraf Kampung baru Cina

    Klik jawapan »

75) PROJEK KESEDARAN RAMAl MENGENAI PENTINGNYA KITAR SEMULA DAN PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak kempen atau "roadshow" yang telah diadakan dari tahun 2004 hingga 2007 untuk memupuk kesedaran umum mengenai pentingnya amalan kitar semula?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan dari tahun 2004 hingga 2007 untuk projek memupuk kesedaran ramai mengenai pantingnya amalan kitar semula atau perlindunganalam sekitar

    Klik jawapan »

  3. Sila berikan maklumat terperinci mengenai perbelanjaan projek-projek berkenaan

    Klik jawapan »

76) SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak sekolah berasrama penuh di negeri ini dan taburannya mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  2. Adakah sekolah-sekolah berasrama penuh di Selangor mencukupi bagi keperluan semasa?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan kerajaan bagi memastikan anak-anak yang berjaya mendapat kemudahan tersebut di setiap daerah?

    Klik jawapan »

77) CARUMAN TAKAFUL WARGA EMAS, ORANG KURANG UPAYA DAN ANAK YATIM

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan bilangan warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim yang terdapat di Negeri Selangor sehingga kini mengikut daerah-daerah

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah peruntukan kewangan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai caruman Takaful bernilai RM2,500 kepada warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim yang telah disenaraikan seperti di atas?

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan jumlah peruntukan kewangan tersebut mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

78) PELABURAN DAN PERINDUSTRIAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Bertulis


  1. Saya lihat Selangor sebagai Negeri yang amat giat dalam sektor Perindustrian. Tetapi Kedudukan istimewa ini telah dilihat tergugat oleh negeri lain. Apakah rancangan Kerajaan pakatan rakyat dalam tempoh terdekat untuk membentuk satu suasana perniagaan yang lebih selesa dan senang pakai? Apakah rancangantelah diambil untuk menarik pelaburan di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah keistimewaan yang telah diberi kepada mereka yang datang melabur di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Tolong nyatakan jumlah Direct Investment yang terlibat khususnya di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

79) PUSAT-PUSAT HIBURAN HARAM

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan jumlah pusat-pusat hiburan haram yang dikenal pasti mengikut daerah di Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  2. Sila berikan butiran terperinci mengenai jumlah pusat hiburan yang mempunyai lesen tetapi beroperasi tidak mengikut peraturanyang ditetapkan oleh pihak PST di seluruh Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  3. Setakat ini berapakah jumlah pengusaha yang telah diambil tindakan undang-undang dan jenis tindakan yang dikenakan ?

    Klik jawapan »

80) PENGELUARAN PASIR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Beberapa tempat sepanjang Sungai Langat seperti berhampiran jambatan UKM dan berdekatan Seksyen Tiga Bandar Baru Bangi dan Bangi Lama berlaku pengeluaran pasir berterusan. Adakah pengeluar-pengeluar pasir ini berlesen

    Klik jawapan »

  2. Jika bertujuan untuk memperbaiki sungai, mengapakah tumpuan mereka pada tempat yang sama banyak mempunyai pasir?

    Klik jawapan »

  3. Sejauh manakah pihak berkenaan membuat pemantauan terhadap pengeluar-pengeluar pasir berkenaan

    Klik jawapan »