Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

11) SEKOLAH AGAMA RAKYAT DAN KAFA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Memandangkan penjimatan yang diperolehi oleh kerajaan negeri Selangor dalam pembiayaan sekolah-sekolah agama setelah menyerahkan pentadbiran 23 buah sekolah agama tadbiran negeri kepada kerajaan Pusat adalah sebanyak RM32.6 juta dan kos yang ditampung oleh kerajaan negeri Selangor bagi membayar elaun guru-guru SAR dan KAFA pada tahun 2007 hanyalah RM23.5 juta. Sila kemukakan perkara-perkara yang boleh menghalang guru-guru KAFA yang telah dibenarkan oleh kerajaan untuk mengajar dua sesi daripada dinaikkan sebagai guru pelantikan penuh serta layak kepada skim perkhidmatan sebagai kakitangan awam Kerajaan Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan guru yang layak dilantik sebagai guru-guru sepenuh masa sekiranya penjimatan sebanyak RM32.6 juta di atas digunakan untuk menampung gaji dan pelbagai elaun mereka?

    Klik jawapan »

12) KERJA PEMBERSIHAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Pihak Berkuasa Tempatan terus menggunakan kontraktor bagi kerja-kerja selenggara seperti pembersihan dan pembuangan sampah walaupun kerja para kontraktor tidak memuaskan. Bagaimana kontraktor yang kerja-kerja mereka tidak memuaskan masih diberi kontrak bagi kerja-kerja selenggara?

    Klik jawapan »

  2. Apakah prosedur pemberian kontrak dan adakah kerja pemantau dan semakan kerja-kerja yang dibuat dijalankan oleh PBT?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan seluruh kontraktor yang melakukan kerja-kerja selenggara dll serta tempoh kontrak yang telah diberi sehingga kini.

    Klik jawapan »

13) PENCEMARAN SUNGAI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk 10 tahun akan datang bagi memastikan sungai-sungai di Selangor terjaga dan bebas dari pencemaran?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri terlibat mengeluarkan kos penyelenggaraan sungai di Negeri Selangor dan sekiranya ada, berapakah kos yang telah dikeluarkan oleh kerajaan terdahulu bagi tempoh 5 tahun yang lepas

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah perancangan kerajaan negeri bagi memastikan pelaksanaan pemeliharaan sistem parit dan saliran sentiasa dilaksanakan dengan cekap bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang?

    Klik jawapan »

14) YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah aset-aset dan sumber-sumber hasil untuk Yayasan Selangor dan kriteria di mana mereka terlibat usaha niaga bersama (joint ventures) dengan sektor swasta?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan nama-nama waris-waris Yayasan Selangor untuk 5 tahun yang berlaku?

    Klik jawapan »

15) KEBAJIKAN HAL EHWAL WANITA, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis


  1. Sejauh mana / apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan tahap pelaburan asing di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Mohon penjelasan / status Kerajaan Negeri mengenai Caj RM10.00 yang akan dikenakan kepada pekerja asing di Selangor dan alasan Kerajaan sekiranya cajnya diteruskan mahupun tidak

    Klik jawapan »

  3. Kerajaan Negeri telah mengumumkan cuti untuk suami yang isterinya bersalin selama 14hari dan warga kerja wanita yang bersalin di beri cuti selama 90hari. Mohon diberi penjelasan terperinci mengenai tarikh berkuat kuasa, kategori serta syarat Ð syarat yang akan dikenakan

    Klik jawapan »

16) PENCEMARAN ANAK SUNGAI DI BERANANG TERUTAMA SG JERNIH DI SESAPAN BT REMBAU BERPUNCA DARI SISTEM KUMBAHAN IWK BDR TASIK KESUMA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Penduduk tempatan mahukan penjelasan mengapakah perkara ini masih terus berlaku walaupun pihak Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan & Saliran telahpun dimaklumkan mengenai perkara ini

    Klik jawapan »

  2. Limpahan telah mengubah bau, rupa dan keadaan sungai tersebut sehingga menjadi seperti longkang. Apakah yang boleh dikategorikan sebagai pencemaran alam sekitar akibat dari limpahan kumbahan untuk membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang berkaitan.

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menguatkuasakan undang-undang mengekang pencemaran alam sekitar dalam masa yang terdekat

    Klik jawapan »

17) MASALAH PERTINDIHAN HAK MILIK TANAH INDIVIDU

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis


  1. Masalah pertindihan hak milik individu di Rancangan Tanah Kampung Sungai Yu, Kampung Lubuk Jaya Bukit Belimbing dan kawasan Hopeful Berjuntai Bestari di dalam DUN Permatang, telah berlarutan sejak sekian lama dan masih belum diatasi. Bilakah masalah pertindihan hak milik ini dapat diatasi?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pemberian hak milik akan dibuat kepada pemohon-pemohon?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan Pihak Berkuasa Negeri terhadap peneroka-peneroka yang mendiami tanah-tanah yang diteroka berkenaan?

    Klik jawapan »

18) UNISEL

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Universiti Selangor (UNISEL) menghadapi persaingan hebat dengan IPTA dan IPTS. Berapa jumlah pelajar UNISEL pada masa ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapa jumlah pelajar luar Negara dan apakah tindakan yang diambil untuk menarik pelajar luar Negara ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kursus/subjek yang menjadi kekuatan dan daya penarikan bagi UNISEL?

    Klik jawapan »

19) PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan 10 negara terbesar yang menjadi rakan dagang Negeri Selangor dan jumlah perdagangan Negeri Selangor di luar negara bagi tahun 2007

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan strategi kerajaan untuk meningkatkan jumlah perdagangan di Negeri Selangor bagi tahun 2008.

    Klik jawapan »

  3. Apakah jumlah kos perbelanjaan yang terpaksa digunakan untuk meningkatkan dan mempromosikan perdagangan di Negeri Selangor bagi tahun 2008

20) PERTANIAN (SEKTOR PERLADANGAN)

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan jumlah pelaburan yang dibuat oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (ÓPKPSÓ) setakat ini terhadap komoditi-komoditi utama seperti kelapa sawit dan buah-buahan yang dilihat mampu memberikan pulangan yang tinggi.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan kesan akibat dari ketidakstabilan harga pasaran komoditi seperti kelapa sawit yang dilaporkan menjunam sehingga 16% hanya dalam masa 2 minggu yang lepas.

    Klik jawapan »