Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

251) KERJA-KERJA TURAPAN JALAN OLEH SYARIKAT UTILITI

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai data kerosakan jalan akibat daripada kerja-kerja turapan jalan yang tidak sempurna oleh syarikat utiliti?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani isu ini?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri sejak 2016 sehingga kini?

    Klik jawapan »

252) PENGURUSAN FLAT KOS RENDAH

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk menubuhkan satu GLC atau agensi untuk mengambil alih kerja-kerja pengurusan daripada JMB demi menyelesaikan masalah kekurangan penyelenggaraan di flat-flat kos rendah?

    Klik jawapan »

253) HAIWAN LIAR PEROSAK INDUSTRI AGRIKULTUR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut


  1. Selain dari kaedah penangkapan dan pemindahan haiwan liar, apakah mekanisme alternatif yang boleh dilakukan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan industri agrikultur tidak terjejas dengan masalah haiwan liar seperti babi hutan dan monyet?

254) PENCAHAYAAN BUKIT AMPANG

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut


  1. Apakah kerajaan akan menambah lampu-lampu jalan bagi kawasan Bukit Ampang berhampiran pekan Hulu Langat yang masih gelap?

    Klik jawapan »

255) KUTIPAN HASIL

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Sejauh mana hasil negeri Selangor terjejas akibat wabak Covid-19?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi kehilangan hasil negeri tersebut?

    Klik jawapan »

256) PROJEK INFRASTRUKTUR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Apakah impak PKP terhadap perlaksanaan projek infrastruktur dalam Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana Kerajaan Negeri akan memastikan projek ini disiapkan dalam sempurna dengan mengikuti jadual?

    Klik jawapan »

257) ISU PERGADUHAN KAUM MELIBATKAN KAUM ROHINGYA DAN RAKYAT TEMPATAN DI TASEK PERMAI

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan kerajaan dalam menangani isu-isu sosial akibat kepadatan warga asing di sesuatu kawasan seperti pergaduhan kaum melibatkan kaum rohingya dan rakyat tempatan yang berlaku di Tasek Permai?

    Klik jawapan »

258) KUALITI KEHIDUPAN KELOMPOK M40

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar dan pendekatan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu meningkatkan kualiti kehidupan kelompok M40?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah tahap keberkesanan dasar sedia ada dalam menjamin kualiti kehidupan kelompok M40 di Selangor?

    Klik jawapan »

259) PROGRAM PENJANAAN EKONOMI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam menangani masalah kejatuhan ekonomi serta mempertahankan kestabilan ekonomi negeri dan penduduk?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mendepani cabaran ekonomi semasa

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan syarikat pelabur tempatan dan asing yang masih bertahan untuk meneruskan operasi

    Klik jawapan »

260) BILANGAN HOTSPOT PAIP AIR PECAH DI KUALA LANGAT

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan kesemua hotspot paip air pecah di Kuala Langat sejak tahun 2008 dan nyatakan kekerapan atau bilangan kes paip air pecah di lokasi-lokasi hotspot ini.

    Klik jawapan »