Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

131) TAPAK PELUPUSAN SAMPAH HARAM

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan tindakan kepada pemilik tanah tapak pelupusan sampah haram?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan kerajaan negeri sekiranya pemilik tanah ingkar dan meneruskan aktiviti pelupusan sampah haram?

  3. Adakah perampasan tanah dapat dilakukan kepada pemilik-pemilik tanah yang berdegil?

132) MENARIK BELIA UNTUK MENYERTAI PERKHIDMATAN AWAM KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Apakah statistik penyertaan belia dalam perkhidmatan awam Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menggalakkan belia untuk menyertai perkhidmatan awam Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

133) PENYERAHAN KAWASAN KEPADA PBT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut


  1. Kenapakah masih terdapat projek pembinaan rumah atau bangunan komersial oleh pemaju yang telah lama siap dibina dan diduduki (lebih 10 tahun) tetapi belum diserah milik kawasan tersebut oleh pemaju kepada MPKj untuk diurus selenggara?

    Klik jawapan »

134) STATUS PELAKSANAAN PROJEK JALAN RENTAS KG HULU CHUCHOH KE KLIA, DAERAH SEPANG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut


  1. Apakah status pelaksanaan Projek Jalan Rentas Kg Hulu Chuchoh Ke KLIA dan bilakah projek tersebut akan dilaksanakan?

    Klik jawapan »

135) WABAK DENGGI

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan secara terperinci dasar kerajaan untuk menghapuskan denggi di Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

136) MENAIKTARAF KELAB GOLF BUKIT BERUNTUNG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut


  1. Apakah pihak Kerajaan Negeri khususnya MBI ada bercadang untuk menaiktaraf kemudahan yang sedia ada di kelab golf tersebut supaya dapat menarik pengunjung tempatan untuk tujuan beriadah sebagai salah satu tarikan pelancongan domestik di kawasan DUN Batang Kali?

    Klik jawapan »

137) ISU PERUMAHAN YANG TIDAK DAPAT DIJUAL

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah nilai, tempoh dan unit perumahan yang tidak dapat dijual mengikut DUN.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengurangkan masalah perumahan tidak dapat dijual?

    Klik jawapan »

138) BANJIR KILAT DUN BALAKONG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Banjir Kilat sering berlaku di kawasan DUN Balakong disebabkan sistem perparitan yang lama atau kurang berfungsi. Untuk membaiki sistem perparitan akan melibatkan kos yang tinggi dan tidak dapat bergantung kepada bajet PBT. Apakah usaha Kerajaan Selangor demi mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

139) PENGURUSAN SAMPAH DOMESTIK DI KAWASAN KAMPUNG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Berkenaan dengan pengurusan sampah domestik di kawasan kampung. Berapakah jumlah peruntukan bagi pengurusan tahunan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah peruntukan ini termasuk pengurusan sampah haram di kawasan kampung?

140) TANAH TERBIAR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Sub-soalan telah di tolak

  2. Sub-soalan telah di tolak

  3. Adakah cadangan untuk menolong graduan lulusan pertanian yang menganggur untuk mengusahakan tanah2 terbiar tersebut?

    Klik jawapan »