Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

161) MENAIK TARAF JALAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Kerajaan akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf jalan Selayang ke Rawang dari 2 lorong ke 3 lorong dan menerangi jalan tersebut?

    Klik jawapan »

162) KURSUS PERKAHWINAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah peserta yang mengikuti program kursus perkahwinan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor selepas menamatkan Insentif Perkahwinan Belia.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan program kursus perkahwinan tersebut mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri

    Klik jawapan »

163) SKIM PEDULI SIHAT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan pada tahun 2017 (bajet rm125 juta), 2018 (bajet RM20 juta), 2019 (bajet RM10 juta)?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah penerima mengikut DUN yang terkini selepas proses pemutihan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah mekanisme pemutihan yang digunapakai bagi menentukan kelayakan setiap pemohon?

    Klik jawapan »

164) GARIS PANDUAN MARRIS

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri telah menerima Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian MARRIS yang telah ditambah baik seperti diumumkan dalam kenyataan akhbar YAB. Perdana Menteri di Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2019 pada 27 Mei 2019? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Klik jawapan »

165) PEMBUANGAN SAMPAH SECARA HARAM

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan tindakan yang diambil oleh kerajaan Negeri Selangor untuk mencegah tindakan pembuangan sampah secara haram di tanah kosong, terutamanya pada waktu tengah malam.

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan akan merancang untuk mengunakan CCTV untuk mencegah pembuangan sampah haram?

    Klik jawapan »

166) KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) SMART SELANGOR DALAM PEMBASMIAN JENAYAH

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini "State-wide CCTV Analytics" di bawah Smart Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menggunakan CCTV Smart Selangor dalam pembasmian jenayah?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah sasaran bilangan CCTV di seluruh Negeri Selangor menjurus terhadap tahun 2020?

    Klik jawapan »

167) KESAN PENJAJARAN SEMULA PROJEK ECRL

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah kesan sosio-ekonomi dan alam sekitar akibat penjajaran semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada Kerajaan dan rakyat Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

168) SKIM PEDULI SIHAT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini tentang Skim Peduli Sihat?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk Skim Peduli Sihat mengikut tahun sejak ia dilaksanakan?

    Klik jawapan »

169) STATUS KEWANGAN KERAJAAN SELANGOR UNTUK PEMBANGUNAN NEGERI

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Banyak peruntukan untuk rakyat dan DUN telah dikurangkan tanpa penjelasan. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat dan menyukarkan DUN-DUN untuk menguruskan kawasan. Sila beri penjelasan yang betul dan tepat supaya DUN-DUN boleh menjelaskan kepada masyarakat status yang sebenar.

    Klik jawapan »

170) KESESAKAN LALU LINTAS DAN KEKURANGAN PARKING DI KAWASAN KOMERSIAL SS15

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh MPSJ untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang bertambah teruk dan kekurangan parking di kawasan komersial SS15?

    Klik jawapan »