Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

161) PEMBINAAN JALAN PINTAS

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis


  1. Bagi merancakkan pembangunan di kawasan Batang Kali khususnya di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk menyambung semula cadangan pembinaan jalan pintas (missing link) yang sebelum ini telah dirancang yang sebelum ini menghubungkan jalan dari Kelab Golf Bukit Beruntung ke Taman Widuri? Ini dapat memendekkan masa perjalanan serta meningkatkan sosio ekonomi setempat. Diharap agar rancangan ini dapat diteruskan untuk kesejahteraan rakyat di Batang Kali.

    Klik jawapan »

162) SURAT HAK MILIK TANAH

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis


  1. Untuk makluman, penduduk di Bandar Sungai Buaya sehingga kini rumah yang mereka duduki masih lagi belum mendapat hak milik individu walaupun mereka telah menetap hampir 20 tahun. Apakah usaha usaha atau inisiatif dari pihak Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah ini?

    Klik jawapan »

163) CAJ PARKIR KENDERAAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kandungan terperinci dalam perjanjian caj parkir kenderaan yang terikat dengan Syarikat Suasa Efektif Sdn Bhd bersama PBT dalam Selangor?

    Klik jawapan »

164) SUMBANGAN CSR PEMAJU KAWASAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis


  1. Apakah sumbangan pemaju dalam bantuan CSR di dalam kawasan DUN?

    Klik jawapan »

165) MEMANTAU PEMBANGUNAN KILANG-KILANG HARAM

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah kilang-kilang industri yang berlesen ada di dalam kawasan DUN Jeram?

    Klik jawapan »

166) CUKAI PINTU PBT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah cukai pintu yang diperolehi dalam kawasan DUN Jeram?

    Klik jawapan »

167) PEMUTIHAN KILANG BERDAFTAR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis


  1. Berikan senarai nama kilang-kilang industri yang berdaftar di dalam DUN Jeram.

    Klik jawapan »

168) HAD UMUR BELIA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri mengikut taraf had umur belia yang diumumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia iaitu belia dikira berumur bawah 30 tahun?

    Klik jawapan »

169) KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perancangan EXCO untuk menaiktarafkan taraf kampung tradisi melalui program kebudayaan dan warisan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah tidak peruntukan yang diberikan kepada kampung tradisi untuk membangunkan produk-produk berpotensi tempatan?

170) PERUNTUKAN SEKOLAH DALAM SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukkan baik pulih sekolah-sekolah dalam Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jenis-jenis bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada sekolah yang beroperasi dalam Selangor?