Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
1) JUMLAH PERUNTUKAN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan berapa jumlah yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan mulai 2015 sehingga hari ini.
-
Berapa jumlah adalah dibawah MARRIS dan berapa adalah untuk projek-projek lain?
-
Apakah jangkaan penerimaan daripada Kerajaan Persekutuan untuk tahun 2020? Sila perincikan.
2) PEMANSUHAN SKIM AIR PERCUMA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah anggaran perolehan hasil pendapatan kerajaan negeri selangor dengan pemansuhan skim air percuma kepada rakyat pada Mac 2020 nanti?
-
Adakah perolehan tersebut akan digunakan untuk inisiatif lain untuk kepentingan rakyat?
3) PENJANAAN TENAGA SOLAR DI BANGUNAN KERAJAAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan supaya semua bangunan kerajaan menjana tenaga solar untuk keperluan tenaga bangunan tersebut dibawah skim Net Energy Metering yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan?
4) DASAR PERUMAHAN MAMPU MILIK (DRMM)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan dasar Rumah Selangorku selari dengan DRMM?
5) BAUCER PERAYAAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah relevan bantuan baucar perayaan diberikan pada masa ini dan akan datang?
6) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapakah perbelanjaan tahunan semenjak program Bas Smart Selangor ini dimulakan?
-
Pengangkutan awam adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula program ini dan diserahkan kepada Kerajaan Pusat?
7) PROJEK HORAS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah status ganti rugi atau pampasan yang dijanjikan GLC Negeri Selangor terhadap kerosakan tanaman dan kebun disebabkan oleh kerja2 di projek HORAS?
-
Sila jelaskan bentuk pampasan yang akan di beri kepada pengusaha kebun.
8) PENCEMARAN BAU SUNGAI SEMENYIH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Pencemaran bau kerap berlaku di Sungai Semenyih pada tahun ini. Apakah punca dan cara-cara kerajaan untuk mengesan dan mengurangkan perlepasan kandungan ammonia yang terlalu tinggi ke dalam sungai?
-
Senaraikan nama individu dan syarikat yang didakwa di mahkamah kerana mencemarkan sungai.
9) ISU PEDULI SIHAT DAN KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Selepas proses pengemaskinian Peduli Sihat dan KISS adakah pihak EXCO Kesihatan, Kebajikan dan Pemerdayaan Keluarga membuat penambahan kuota untuk penerima yang layak tersenarai di dalam e-Kasih dan BSH?
10) TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan baharu Kerajaan Negeri dalam menggalakkan kedatangan pelancong ke Negeri Selangor sempena Tahun Melawat Malaysia 2020?