Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

111) GARIS PANDUAN BARU PENDAFTARAN KILANG TIDAK SAH

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Adakah terdapat kilang tidak sah di DUN Hulu Kelang?

    Klik jawapan »

  2. Di manakah lokasi dan berapakah bilangannya jika ada?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan Kerajaan untuk mendaftarkan kilang-kilang ini?

    Klik jawapan »

112) PEMBANGUNAN DI TAMAN MELAWATI

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Merujuk kepada tanah milik pemaju. Apakah nama-nama pemaju yang telah dan akan terlibat?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kondo-kondo mewah yang akan dibina?

    Klik jawapan »

  3. Bilakah taman rekreasi Central Park akan siap dibina?

    Klik jawapan »

113) KG KEMENSAH LOKASI REKREASI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang perancangan untuk menjadikan Kg Kemensah, Hulu Kelang sebagai sebuah lokasi rekreasi Negeri Selangor atas sifatnya yang mempunyai pelbagai daya tarikan pelancongan rekreasi?

    Klik jawapan »

114) PROJEK RIVER OF LIFE

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status projek River of Life yang melibatkan kawasan dalam Negeri Selangor? Adakah Kerajaan berhasrat menyambung semula apa-apa projek ini khususnya yang melibatkan sungai dalam kawasan Hulu Kelang?

    Klik jawapan »

115) STATUS TAPAK PEMINDAHAN BARU PENIAGA SUSUR UKAY PERDANA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Pertanyaan mulut saya tentang perkara di atas telah dijawab secara bertulis sebagai: ÒKerajaan Negeri, PTD Gombak dan pihak MPAJ tidak pernah berjanji untuk menyediakan penempatan baru peniaga.Ó Manakala semakan saya terhadap hansard Dewan Negeri Selangor, 9 Nov 2017, ms 19 merujuk kepada pengggulungan Dato Menteri Besar adalah seperti berikut : ÒÉ saya telah pun menyatakan kepada Pegawai Daerah Gombak untuk segera mengenal pasti satu tapak baru bagi memindahkan peniaga tersebut di tapak yang sesuai bagi aktiviti perniagaan mereka. Ini jaminan yang diberikan Kerajaan Negeri dan Pegawai Daerah Gombak telah pun memulakan usaha ini dan mereka telah pun berbincang dengan pihak MPAJ tentang kaedah yang akan dibangunkan ada kemungkinan MPAJ akan membangunan bangunan-bangunan perniagaan dan kemudiannya kita sewakan kepada peniaga-peniaga dalam kadar yang amat minimum.Ó Apakah status sebenar tapak pemindahan baru buat peniaga-peniaga susur Ukay Perdana?

    Klik jawapan »

116) SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC) SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah syarikat GLC di bawah Kerajaan Negeri Selangor?

  2. Apakah nama syarikat-syarikat GLC itu dan siapakah pengarah GLC ini?

  3. Berapakah keuntungan tahunan GLC itu dan berapakah pendapatan yang telah mereka sumbangkan kepada pendapatan negeri?

117) PELANCONGAN DI KLANG

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menaik taraf Gedung Raja Abdullah dan kawasan sekitar sebagai kawasan pelancongan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengangkat martabat seni warisan Melayu seperti cempuling supaya setaraf dengan dikir barat atau ulik mayang?

    Klik jawapan »

118) KEBAJIKAN UNTUK GOLONGAN M40 BANDAR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis


  1. Apakah skim bantuan Kerajaan Negeri untuk membantu golongan M40 di bandar?

    Klik jawapan »

119) PEMBANGUNAN BAKAT SUKAN DI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis


  1. Apakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mengeluarkan dana yang besar bagi melahirkan atlet-atlet Selangor yang berprestasi tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa?

    Klik jawapan »

120) WIFI SELANGORKU

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menjadikan semua Pejabat ADN, Pejabat Ahli Majlis, Pejabat MPKK sebagai hot spot Wifi Selangorku secara automatik bagi memperluaskan jaringan internet percuma kepada rakyat?

    Klik jawapan »