Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

141) DEWAN TERBUKA UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah jenis peruntukan di peringkat negeri yang dapat dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah bagi tujuan membina dewan terbuka yang amat diperlukan untuk kemudahan aktiviti para pelajar?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah bantuan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu membangun serta membaiki infrastruktur sekolah yang rosak atau uzur sehingga hari ini?

142) PROJEK SOLAR OLAK LEMPIT

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah limpahan manfaat hasil projek ini kepada penduduk setempat khususnya di Mukim Dengkil seperti Olak Lempit dan Mukim Tanjung 12?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi membantu membangunkan kemahiran penduduk luar bandar dimana projek berteknologi tinggi seperti ini dibangunkan agar mereka turut mendapat manfaat?

    Klik jawapan »

143) KERJASAMA ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI DAN GLC-GLC UNTUK MEMBANTU ADUN DALAM PROGRAM KEMASYARAKATAN (CSR)

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Adakah terdapat rancangan untuk menggalakan kerjasama antara pihak GLC dan ADN bagi manfaat rakyat?

    Klik jawapan »

144) MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR WARGA ASING

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam mengekang masalah pelajar warga asing yang semakin berani melanggar undang-udang negara?

  2. Berapakah jumlah sebenar pelajar warga asing yang kini menetap di Cyberjaya serta statistik penglibatan mereka dalam kes jenayah?

    Klik jawapan »

145) KAWAL SELIA PENGGUNAAN TANAH

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Adakah terdapat rancangan Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan kaedah baru Ôpre-emptiveÕ yang lebih berkesan yang dapat mengekang dari awal penggunaan tanah secara tidak bertanggungjawab oleh pemilik?

    Klik jawapan »

146) BAIK PULIH BANGUNAN KERAJAAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Bertulis


  1. Berapa peruntukan yang disediakan bagi membaik pulih dan menaiktaraf bangunan-bangunan kerajaan, kompleks penghulu dan sekolah-sekolah yang diperuntukkan di Selangor khasnya di Semenyih?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos-kos penyelenggaraan bangunan-bangunan kerajaan di setiap daerah di Selangor bagi tahun 2016-2017?

    Klik jawapan »

147) FAKIR MISKIN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah statistik kadar kemiskinan di Selangor pada 2018 dibandingkan dengan kadar kemiskinan pada 2015? Apakah ada kemajuan yang lebih baik dari sebelumnya?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan yang telah disediakan Kerajaan Selangor terhadap fakir-fakir miskin sepanjang tahun 2017 selain skim-skim yang disediakan oleh Kerajaan kepada rakyat?

    Klik jawapan »

  3. Apakah usaha-usaha lain Kerajaan bagi membasmi kadar kemiskinan di Selangor?

    Klik jawapan »

148) PEMBINAAN KAWASAN PERUMAHAN ELIT

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Bertulis


  1. Apakah ada kajian terhadap kesan pembinaan taman-taman besar bertaraf elit kepada kampung-kampung tradisional? Jika ada, apakah hasil penemuannya

    Klik jawapan »

  2. Apakah ada usaha-usaha Kerajaan bagi menaikkan kampung-kampung tradisional supaya kawasan begini dapat dijadikan kawasan tumpuan pelancong dan juga dapat meningkatkan taraf ekonomi warga kampung seperti adanya kompleks kraftangan dari hasil-hasil orang kampung?

    Klik jawapan »

149) STESEN BAS

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Bertulis


  1. Apakah usaha terkini Kerajaan dalam menaiktaraf setiap stesen bas di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah usaha-usaha untuk menyeragamkan setiap stesen bas di Selangor supaya lebih cantik, selesa dan selamat setaraf negara maju?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan bilangan stesen bas di Selangor dan berapa banyak stesen bas baru akan dibina di Selangor? Senaraikan mengikut PBT.

    Klik jawapan »

150) ANJING LIAR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Bertulis


  1. Apakah ada operasi bagi membanteras anjing-anjing liar di Selangor? Jika ada, berapa banyakkah anjing liar yang telah ditangkap bagi tahun 2016-2018? Sila nyatakan mengikut PBT.

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha-usaha lain yang dilakukan Kerajaan bagi mengawal pembiakan anjing-anjing liar ini?

    Klik jawapan »