Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

31) KHIDMAT BAS SELANGORKU PERCUMA (IPR 13)

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan jumlah bas percuma di seluruh Negeri Selangor mengikut kawasan pentadbiran dan PBT.

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan jumlah peruntukkan untuk pembelian dan penyelenggaraan untuk bas-bas percuma yang disenaraikan.

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan jenis bas-bas yang digunakan.

    Klik jawapan »

32) PERUNTUKAN BAGI PELAKSANAAN PELAN DAN KAJIAN PENGANGKUTAN AWAM SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis


  1. Di bawah Kerajaan Negeri mempunyai pelbagai pelan dan kajian induk bagi pengangkutan awam bagi memperbaiki keadaan trafik di Selangor. Sila senaraikan kajian-kajian pengangkutan awam di bawah Selangor dan PBT serta dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan hasil daripada kajian-kajian ini dilaksanakan.

    Klik jawapan »

33) HOTSPOT JENAYAH

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri menetapkan sesebuah kawasan itu hotspot jenayah dan senaraikan kawasan-kawasan yang dikenalpastikan sebagai kawasan hotspot jenayah di bawah Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri apabila kawasan tersebut disenaraikan sebagai hotspot?

    Klik jawapan »

34) NAIK TARAF MAJLIS DAERAH

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan kriteria-kriteria yang ditetapkan untuk Majlis Daerah dinaik taraf ke status Majlis Perbandaran.

    Klik jawapan »

  2. Adakah keempat-empat Majlis Daerah memenuhi kriteria untuk dinaik taraf ke status Majlis Perbandaran?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri pernah membuat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf MDHS ke status Majlis Perbandaran? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

    Klik jawapan »

35) SANTUARI IKAN SUNGAI CHILING

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Apakah keputusan MMKN setelah menerima surat rayuan Jabatan Perikanan Negeri Selangor terhadap projek Talian Penghantaran 500kV TNB PMU Tapah-Bentong South yang merentasi kawasan Santuari Ikan Sg Chiling untuk pembinaan menara AP69-AP70 pada 24 September?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mempromosikan kawasan Santuari Ikan Sg Chiling ke mata dunia?

    Klik jawapan »

36) AKTIVITI BUDAYA DAN SENI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri telah melaksanakan pementasan teater bagi karya-karya sasterawan negara, persembahan simfoni Selangor dan pameran seni halus seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2018 Negeri Selangor? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri telah mengadakan program-program pembangunan bakat muda yang berkaitan dengan penulisan kreatif yang diilhamkan oleh karya Rehman Rashid seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2018 Negeri Selangor? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

    Klik jawapan »

37) PEMBERSIHAN AWAM MDHS

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh KDEB bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan awam di kawasan MDHS dengan butir-butir seperti tempoh, nilai dan syarat-syarat kontrak seperti yang termaktub dalam perjanjian antara KDEB dengan kontraktor.

  2. Nyatakan kos perbelanjaan kerja-kerja pembersihan awam MDHS mengikut bulan sejak Januari 2018 sehingga kini.

  3. Apakah kelebihan yang didapati oleh MDHS dengan melantik KDEB menguruskan kerja-kerja pembersihan awam di kawasan MDHS?

38) TANAH PKPS DI HULU SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan tanah yang dimiliki oleh PKPS di Hulu Selangor dengan butir-butir seperti keluasan dan tujuan penggunaannya.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membangunkan semula tapak Taman Orkid Antarabangsa yang telah tutup lebih daripada 10 tahun?

    Klik jawapan »

39) TAPAK WARISAN DI KUALA KUBU BHARU

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Status terkini usaha JPBD dalam menyediakan kajian Bandar Kuala Kubu Bharu sebagai tapak warisan.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan kos perbelanjaan telah dan akan digunakan untuk mengangkat Bandar Kuala Kubu Bharu sebagai tapak warisan.

    Klik jawapan »

  3. Adakah Masjid Ampang Pecah telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Klik jawapan »

40) PERBELANJAAN PERUNTUKAN RM1 JUTA UNTUK KESIHATAN MENTAL

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan program kesihatan mental yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui peruntukan RM1 juta yang diluluskan dalam Belanjawan Negeri 2018. Juga senaraikan kos yang dibelanjakan bagi setiap program.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan bilangan kes kaunseling yang terdapat di pusat kaunseling Ampang Jaya, Shah Alam, Selayang dan Sepang.

    Klik jawapan »