Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

71) BANTUAN NGO KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah peruntukan RM500 ribu bantuan NGO Kerajaan Prihatin yang telah disalurkan kepada NGO pada tahun ini.

    Klik jawapan »

  2. Apakah modus operandi permohonan bantuan tersebut memandangkan terdapat EXCO-EXCO baru selepas PRU ke-14?

    Klik jawapan »

72) HAIWAN BERKELIARAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan anjing liar, kucing liar, lembu liar dan kerbau liar yang ditangkap oleh PBT sejak tahun 2016.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai satu kaedah yang berkesan untuk menangkap haiwan berkeliaran di jalan dan taman perumahan? Jika ya, nyatakan kaedah tersebut.

    Klik jawapan »

73) DASAR TANAH SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan syarat-syarat permohonan pemberimilikan tanah dan TOL yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan kaji semula syarat-syarat permohonan tersebut memandangkan kebanyakan permohonan terhadap tanah kosong tidak dapat diproses?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji semula kadar premium tanah yang diamalkan selama ini?

    Klik jawapan »

74) PROJEK TERBENGKALAI DI HULU SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri mendapat maklumat terkini mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Projek Perumahan Taman Lembah Beringin? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri berusaha mencari pemaju penyelamat untuk membantu memulihkan projek terbengkalai Kg Melayu Rasa selepas syarikat kontraktor tidak dapat 100% pemilik tanah bersetuju dengan pemulihan projek? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Klik jawapan »

75) CUKAI TANAH

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis


  1. Pemilik strata mengalami kenaikan cukai sebanyak 190% setiap meter persegi selepas penukaran sistem cukai tanah kepada sistem cukai petak. Adakah terdapatnya kesediaan untuk mengkaji semula sistem cukai petak untuk memastikan jumlah yang dikenakan mencerminkan saiz meter persegi setiap petak?

    Klik jawapan »

76) PENGGABUNGAN (AMALGAMATION) TANAH PN 8623 LOT 49365 MUKIM PETALING DAN PM 130 LOT 37563 MUKIM DAMANSARA YANG DIPINDA SEMPADAN KE MUKIM BANDAR SUNWAY

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis


  1. Bilakah MMKN akan meluluskan permohonan penggabungan (amalgamation) Tanah PN 8623 Lot 49365 Mukim Petaling dan PM 130 Lot37563 Mukim Damansara yang pada 21.9.2017 telah diluluskan pindaan sempadan oleh MMKN Negeri Selangor Ke 31/2017 ke Mukim Bandar Sunway?

    Klik jawapan »

77) TAPAK GANTI KAWASAN LAPANG

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perkembangan permohonan pembatalan sebahagian tanah rizab kawasan lapang seluas 0.46 ekar di Jalan PJS 7/13 dan pengesyoran tapak gantian kawasan lapang di sebahagian tanah kerajaan di atas Lot 64681, PJS 9, Bandar Sunway, Subang Jaya yang dikemukakan oleh MPSJ?

    Klik jawapan »

78) PENGOPERASIAN KUARI

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Bertulis


  1. Apakah syarat-syarat serta garis panduan daripada Kerajaan Negeri yang dikenakan terhadap operasi-operasi kuari di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan masalah kacau ganggu daripada lori-lori kuari dapat diatasi?

    Klik jawapan »

79) JANGKAAN KESESAKAN LALULINTAS

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perancangan Kerajaan bagi pembinaan jalan keluar masuk ke MRR2 dari Pandan Perdana susulan jangkaan peningkatan pengguna kenderaan setelah Apartment 28 Boulevard, Pandan Perdana siap?

    Klik jawapan »

80) KHIDMAT BAS SELANGORKU PERCUMA (IPR 13)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah kos dan penumpang yang mengunakan perkhidmatan Bas Selangorku mengikut DUN dari tahun 2015-2018. Adakah mencapai sasaran penggunaan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan bagi membina perhentian bas dalam seluruh kawasan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Selangor akan mengeluarkan bajet untuk membina "walkway" berbumbung bagi kawasan awam seperti sekolah, klinik kerajaan dan hospital ke perhentian bas yang dekat?

    Klik jawapan »