Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
11) PELABURAN ANTARABANGSA KE SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan dalam membawa masuk pelabur antarabangsa ke Selangor?
-
Berapa nilai pelaburan antarabangsa yang telah berjaya dibawa masuk ke Negeri Selangor sejak Mei 2018?
-
Berapa jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan bagi usaha-usaha membawa masuk pelabur antarabangsa?
12) PELAN HALATUJU STRATEGIK DESA NEGERI SELANGOR 2035
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif yang telah dimulakan bagi mencapai matlamat yang disasarkan?
13) LESEN PERNIAGAAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mencegah pemilikan perniagaan daripada pihak warga asing?
-
Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kelakuan sewaan lesen perniagaan atau tapak pasar malam kepada pihak ketiga?
14) MYSEL
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
MySel ditubuhkan demi membantu dalam masalah kewarganegaraan. Namun begitu, tiada sebarang informasi atau butiran tentang unit khas ini selain daripada laman web Facebook YB Kota Kemuning. Apakah usaha yang akan dilakukan oleh kerajaan demi menyelesaikan masalah ini?
15) KEPERLUAN MENAIKTARAF JALAN PERSEKUTUAN JKR MORIB – SEPANG
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk menaiktaraf Jalan Morib-Sepang yang berada dalam keadaan yang teruk?
-
Adakah kerja-kerja penyelenggaraan dan baikpulih akan dilakukan terhadap jalan tersebut dalam masa terdekat?
-
Adakah terdapat perancangan untuk menambah lampu jalan di kawasan merbahaya disepanjang jalan tersebut?
16) KAJIAN PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah kajian dan penyelidikan terkini yang sedang dilakukan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor?
17) INFRASTRUKTUR DAN KERJA MEMBAIKPULIH PRASARANA KEMUDAHAN KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah mekanisme Jabatan Pembangunan Unit Perancang Ekonomi berkenaan dengan infrastruktur dan kerja membaikpulih prasarana kemudahan kampung tradisi seperti dewan orang ramai, balairaya dan jalanraya kampung yang kebanyakkan dalam keadaan yang tidak memuaskan serta kerosakan yang teruk?
18) PENYUSUNAN SEMULA SEMPADAN PBT DAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Sallehudin Bin Amiruddin
Kategori: Mulut
-
Disebabkan persempadanan semula kawasan pilihanraya sebelum PRU14 yang lalu, maka terdapat kesukaran dalam urustadbir sempadan pentadbiran PBT dan Pejabat Tanah dan Galian. Adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk menyusun semula sempadan PBT dan Pejabat Tanah dan Galian di daerah yang terlibat?
19) JANGKAAN PELABURAN 2019
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah anggaran jumlah pelaburan masuk dan keluar pada suku tahun pertama 2019?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah pelaburan baru pada 2019?
20) PENCEMARAN UDARA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Pencemaran udara daripada pembakaran plastik di Ijok amat ketara. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri, PTD dan Majlis Tempatan untuk membenteras aktiviti haram ini?