Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
41) Projek Tebatan Banjir Meru Di Dalam Budget 2020
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah projek-projek yang telah dijalankan bagi mengatasi masalah banjir seperti yang dibentangkan di dalam budget 2020?
-
Berapakah peruntukan sebenar kepada Meru di dalam budget tersebut?
42) Pencemaran Di Loji Rawatan Air
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat-syarikat yang menyebabkan berlakunya pemcemaran loji rawatan air di Selangor?
-
Berapakah jumlah syarikat yang telah diambil tindakan undang-undang?
-
Nyatakan nama syarikat yang dikenakan tindakan undang-undang.
43) Pencemaran Sungai Di Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengkaji teknologi terkini dalam pencegahan awal masalah pencemaran air di Selangor ?
44) Pelan Induk Pengangkutan Awam Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status perlaksanaan pelan induk pengangkutan awam Selangor?
-
Adakah pelan ini akan diperbaharui dengan perkembangan pengangkutan awam dan rancangan gunatanah terkini?
-
Adakah Kerajaan Negeri telah meminta bantuan Bank Pembangunan Antarabangsa seperti Asian Development Bank untuk tujuan ini
45) Muzium Sejarah Kuala Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pengunjung datang ke Muzium Sejarah Kuala Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan peruntukan bagi menaiktaraf infrastruktur serta bahan sejarah dan Warisan untuk dipaparkan di Muzium Sejarah Kuala Selangor?
46) Pelancongan Tempatan
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Sila terangkan inisiatif dan langkah yang akan dilaksanakan untuk bantu sektor industri pelancongan luar bandar dan bandar selepas penukaran portfolio EXCO.
47) Peluang Pekerjaan Negeri Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif yang Kerajaan Negeri bakal lakukan bagi mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan lebih-lebih lagi disebabkan oleh pendemik yang membataskan pergerakan dan pengambilan baru untuk bekerja
48) Prestasi Kewangan Negeri Pasca COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah kedudukan kewangan Negeri Selangor Pasca COVID-19?
-
Apakah pelan Kerajaan Negeri dalam memastikan prestasi kewangan Negeri Selangor dalam keadaan yang stabil dan sihat?
-
Apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menstabilkan kedudukan kewangan Negeri Selangor?
49) Inisiatif Pelaburan Waaqaf
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan inisiatif yang sangat murni ini bagi membantu mengatasi kemiskinan bandar?
50) Pengampunan Sementara Untuk Peniaga Tanpa Lesen
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
COVID19 telah menyebabkan ramai terpaksa mencari pendapatan melalui perniagaan makanan. Adakah negeri bercadang untuk memberi pengampunan sementara kepada para peniaga tidak berlesan serta membantu mereka mendapatkan lesen & bantuan khas lain?