Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
1) UNISEL
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri akan menyediakan suatu 'turnaround plan' untuk menaik-taraf mutu kursus akademik di UNISEL?
-
Mohon nyatakan tempoh yang diperlukan untuk tindakan tersebut.
2) PRESTASI DAN KEDUDUKAN KEWANGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan status terkini prestasi dan kedudukan Kewangan Negeri Selangor?
-
Sila perjelaskan apakah implikasi kejatuhan mata wang Ringgit dan kelembapan ekonomi Negara terhadap prestasi Kewangan Negeri?
-
Sila nyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan Negeri demi memperkukuhkan kedudukan kewangan Negeri?
3) MODERN PIG FARMING
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Progress cadangan modern pig farming?
-
Bila jangkaan projek ini akan selesai?
4) PELABURAN DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pelaburan masuk ke Selangor sehingga Jun 2015 berbanding 2014?
-
Apakah langkah-langkah di sepanjang tahun 2015 untuk menarik pelaburan ke Selangor?
5) PERUNTUKAN PENYENGGARAAN JALAN-JALAN LUAR BANDAR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan dari Kerajaan Negeri untuk penyenggaraan Jalan-jalan Luar Bandar (PLB)?
6) PERTELINGKAHAN ANTARA FAS DENGAN FAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah sebab utama FAS enggan melepaskan pemain-pemain Selangor kepada pasukan kebangsaan dalam persediaan melawan pasukan Liverpool memandangkan peluang beraksi bersama-sama pasukan bertaraf antarabangsa adalah sangat penting bagi pemain-pemain tempatan?
7) PEKERJA LADANG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah perumahan yang dibina dalam kawasan ladang dan dibeli/dimiliki oleh pekerja ladang mengikut daerah di Selangor?
-
Apakah tindakan kerajaan dalam menyelesaikan status pemilikan perumahan di kawasan ladang?
8) JAMBATAN KETIGA KLANG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan jambatan ketiga Klang?
-
Bagaimana proses dan berapakah kos pengambilalihan tanah bagi kawasan yang terlibat?
-
Nyatakan kos, nama syarikat kontraktor dilantik dan proses tender pembinaan?
9) INDUSTRI AIR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah butiran tambahan kepada perjanjian penstrukturan pengurusan industri air di Selangor (supplementary agreement)?
-
Berapakah kos terkini yang perlu ditanggung PAAB untuk mengambilalih Puncak Niaga, SYABAS, ABBAS dan SPLASH?
-
Apakah manfaat yang akan diperolehi rakyat serta kesannya kepada skim air percuma?
10) AGENDA PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah agenda pembangunan luar bandar dan kampung, demi meningkatkan kualiti kehidupan di kawasan luar bandar?
-
Apakah tindakan-tindakan spesifik untuk meningkatkan ekonomi luar bandar, untuk mengurangkan migrasi kepada kawasan bandar?