Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

131) PEMBANGUNAN LANGAT 2

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan negeri telah meluluskan pelan pembangunan projek Langat 2 berdasarkan persetujuan dalam MOU dengan Persekutuan?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah tarikh kelulusan projek ini, apakah status perkembangannya?

    Klik jawapan »

  3. Bilakah projek ini dijangkakan siap?

    Klik jawapan »

132) PEMBASMIAN TIKUS

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut


  1. Jelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk membasmi pembiakan tikus yang semakin membimbangkan.

    Klik jawapan »

133) KOMPLEKS LKIM KUALA SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila huraikan butiran terperinci kronologi pembinaan kompleks tersebut termasuk kos dan nama kontraktor yang dilantik ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan kompleks tersebut masih tidak beroperasi walaupun sudah lebih 3 tahun disiapkan ?

    Klik jawapan »

  3. Sila huraikan apakah perancangan asal dan matlamat pembinaan kompleks tersebut ?

    Klik jawapan »

134) PEMBINAAN DEWAN ORANG RAMAI YANG BARU

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib

Kategori: Mulut


  1. Wujudnya kawasan perumahan yang langsung tiada dewan orang ramai walaupun keperluannya amat mendesak. Apakah polisi kerajaan negeri dalam hal di atas?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bajet daripada kerajaan negeri bagi pembinaan dewan orang ramai yang baru?

    Klik jawapan »

  3. Adakah peruntukan pembinaan dewan orang ramai bagi Bandar Tasik Puteri yang mempunyai penduduk lebih 80,000 orang tetapi masih tiada sebuah dewan orang ramai pun sejak tahun 2000?

    Klik jawapan »

135) PENGUATKUASAAN PUSAT JUDI, CYBER CAFƒ DAN RUMAH URUT HARAM

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Pesalah kerap kali mengulangi kesalahan. Apakah tindakan penguatkuasaan dan hukuman kurang berkesan dan kekesalan pesalah?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah kerjasama dan peranan Pejabat Tanah, Polis, TNB & Syabas?

    Klik jawapan »

  3. ÒKerjasama orang awamÓ perlukah diujudkan latihan khas dan unit siasatan kepada penguatkuasa?

    Klik jawapan »

136) SAMAN LAJU PEMANDU RASMI EXCO

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah saman had laju yang diterima oleh pemandu EXCO sepanjang 2013?

    Klik jawapan »

  2. Pihak manakah yang membayar saman-saman ini?

    Klik jawapan »

  3. Berapa kalikah pemandu menjalani kursus pemanduan selamat dan berhemah sepanjang 2013?

    Klik jawapan »

137) KELUHAN NELAYAN DARAT DI SUNGAI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut


  1. Sumber ikan dan udang galah terjejas teruk disebabkan kemarau baru-baru ini di kawasan Kampung Asahan hingga ke Kampung Sepakat, Kuala Selangor. Apakah langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu memperbanyakkan semula sumber ikan dan udang di kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

138) KEMUNCULAN PENGUSAHA SAMPAH HARAM

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut


  1. Kemelesetan ekonomi telah mengakibatkan kemunculan pengusaha sampah haram yang menuntut hasil di Negeri Selangor. Bagaimanakah tindakan kerajaan Negeri Selangor menangani masalah ini?

    Klik jawapan »

139) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Apakah produk atau jenama Program MIMBAR?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan apakah manfaat yang diperolehi kepada peserta Program TAWAS?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pencapaian kerajaan tentang Program Bantuan Pekerja Ladang?

    Klik jawapan »

140) MIMBAR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Mengapa program mikro kredit bandar MIMBAR digantung sepanjang tahun 2013 dan hanya dimulakan semula pada 2014?

    Klik jawapan »