Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

121) PROJEK JAMBATAN KAMPUNG SAWAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kos awal dan yang sebenar dan kontraktor yang terlibat.

    Klik jawapan »

  2. Kenapakah berlaku kelewatan dalam menyiapkan projek ini.

    Klik jawapan »

  3. Adakah perancangan naik taraf jalan yang menghubungkan mukim Jugra dan mukim Telok Panglima Garang akan dilakukan dalam masa terdekat.

    Klik jawapan »

122) PERUMAHAN KOS RENDAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Permintaan untuk membeli rumah sendiri meningkat. Tetapi harga pasaran tidak mengizinkan rakyat yang berpendapatan rendah untuk membelinya. Empat kawasan di DUN Bukit Melawati telah dikenal pasti dan cadangan telah diberi untuk Perumahan Kos Rendah di: 1. Kg. Tanjung Keramat 2. Kg Teluk Piah 3. Ldg Sungai Rambai - (Termasuk tanah 6 ekar utk Sekolah Tamil) 4. Ldg Kuala Selangor Bukit Rotan - (Termasuk tanah 6 ekar untuk Sekolah Tamil). Bolehkah Kerajaan Selangor mengarahkan jabatan-jabatan / badan-badan berkenaan untuk ambil tindakan sewajarnya ?

    Klik jawapan »

123) KUTIPAN HASIL NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memaksimumkan hasil kutipan negeri sekali gus memperbaiki kelemahan mekanisme kutipan hasil-hasil negeri?

    Klik jawapan »

124) KADAR CUKAI PINTU NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan kadar cukai pintu untuk kediaman,komersial dan industri untuk kawasan kurang maju dan kawasan maju mengikut pecahan PBT bagi tahun 1995 dan tahun 2011 masing-masing

    Klik jawapan »

  2. Apakah jabatan yang bertanggungjawab untuk mengkaji, menilai dan menentukan kadar cukai pintu di Negeri Selangor dan apakah prosedur penentuan kadar cukai pintu?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kriteria-kriteria yang digunakan untuk menentukan kadar cukai pintu untuk zon industri dan komersial di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

125) KAWALAN JUALAN ARAK

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Terdapat kes di mana Kerajaan Negeri mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menarik balik larangan orang Islam bekerja di premis yang menyajikan arak. Siapakah Pihak yang sebenarnya bertanggungjawab mengawal penjualan arak di Selangor ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Pihak PBT boleh mencampuri urusan penguatkuasaan enakmen Islam oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri boleh menjamin perkara ini dapat diselesaikan dan tidak berlaku di masa hadapan ?

126) PENSYARAH UNISEL

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. EXCO Pendidikan Tinggi ada menyatakan bahawa Institut Pengajian Tinggi kelolaan Selangor melantik pensyarah secara telus dan profesional tanpa melibatkan agenda politik. Apakah proses pelantikan yang telus dan profesional tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah seorang pensyarah UNISEL yang ada kes siasatan polis boleh dilantik sebelum ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perkembangan kes pensyarah tersebut?

    Klik jawapan »

127) PROJEK TEBATAN BANJIR KAMPUNG SUNGAI SERAI, HULU LANGAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Kampung Sungai Serai, Hulu Langat kerap dilanda banjir setiap kali hujan lebat turun dan melibatkan sebahagian besar penduduk di kawasan berkenaan Bertanya kepada Y.A.B DatoÕ Menteri Besar:- a) Apakah status Projek Tebatan Banjir Kampung Sungai Serai ?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah projek ini akan dimulakan ?

    Klik jawapan »

128) SKIM MIKROKREDIT SELANGOR (SKIMSEL)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan secara terperinci maklumat SkimSel bagi daerah Klang dan Petaling seperti berikut. Berapakah penerima terkini mengikut pecahan jantina dan kaum?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan pecahan peratusan yang telah di capai dan apakah yang akan dilakukan bagi meningkatkan penyertaannya

  3. Apakah halangan utama yang menyebabkan proses pinjaman ini perlahan. Huraikan

129) MEMBUKA SEMULA OPERASI IKYS

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah faktor-faktor Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk tidak membuka semula operasi IKYS?

  2. Apakah di segi latihan dan persijilan INPENS International College telah berjaya mengambil alih sepenuhnya peranan yang dimainkan oleh IKYS?

  3. Berapakah kos tambahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri bagi menanggung baki pelajar-pelajar IKYS untuk menamatkan pelajaran mereka di INPENS International Collage?

130) ONE STOP CENTRE CRISIS CENTER (OSCC)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah orang pernah menggunakan perkhidmatan ini sejak OSCC ditubuhkan? Sila debut mengikut hospital di Selangor. Sila sebutkan kes-kes yang diterima mengikut kategori. Apakah sistem pemantauan yang ada sekarang?

    Klik jawapan »