Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

181) TANAH RUNTUH DI JALAN AMPANG HULU LANGAT DAN JALAN SUNGAI LUI (BERHAMPIRAN SIMPANG KE KUALA KELAWANG)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha kerajaan negeri dalam menyelesaikan dengan kadar segera masalah ini demi keselamatan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut ?

    Klik jawapan »

182) PERLANTIKAN PEGUAM MEWAKILI KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Baru-baru ini Kerajaan Negeri telah melantik peguam untuk melawan dalam kes saman melibatkan ADUN Pelabuhan Klang, ADUN Seri Muda, dan Perlantikan YB Setiausaha Kerajaan Negeri. Berapakah jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam melantik peguam bagi mewakili kes tersebut.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan nama-nama syarikat guaman yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri.

    Klik jawapan »

  3. Apakah kriteria dalam pemilihan syarikat-syarikat guaman tersebut.

    Klik jawapan »

183) PERKEMBANGAN INDUSTRI DI DAERAH KUALA SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Peluang pekerjaan di Daerah Kuala Selangor kurang dan usaha -usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan mestilah di mulakan. Jika sektor perindustrian dimajukan ,ia akan memberi peluang pekerjaan kepada lebih kurang 5000 belia di daerah ini. Malah kawasan IKS di Bandar Kuala Selangor yang dimajukan oleh PKNS tidak berjaya dan sebahagian besar daripada tapak ditinggalkan tanpa sebarang aktiviti. Ini adalah kerana sewa yang tinggi dikenakan kepada penyewa. Apakah langkah -langkah untuk memulihkan sektor IKS di Daerah Kuala Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah - langkah yang sedang di ambil untuk membawa industri industri besar ke Daerah Kuala Selangor ?

    Klik jawapan »

184) SEMINAR MAQASSID SYARIAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Kerajaan Negeri ingin melaksanakan saranan-saranan dalam Seminar Maqassid Syariah anjuran Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

185) MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Kawasan pilihanraya DUN Sri Muda termasuk sebahagian kecil ke dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya. Huraikan, kenapakah kawasan Kampung Bukit Lanchong, USJ 22 hingga USJ 27, seluruh kawasan Putra Heights, Putra Bistari, Putra Avenue dan sekitarnya tidak dicatatkan sebagai kawasan Dun Sri Muda hingga kebanyakan urusan majlis tidak mengundang Adun kawasan?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah perubahan dalam sempadan majlis dapat di buat dan huraikan kenapakah aduan pada majlis sebelum ini tidak diambil tindakan segera?

    Klik jawapan »

186) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti untuk menjalankan projek perumahan mampu milik mengikut pecahan PBT bagi tahun 2008 hingga 2012.

    Klik jawapan »

  2. Siapakah golongan sasaran untuk projek perumahan mampu-milik ini dan jabatan manakah yang bertanggungjawab untuk memantau serta menentukan lokasi untuk dijalankan projek perumahan mampu milik.

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk mengawal jumlah dan harga rumah di negeri Selangor supaya mampu dibeli dan didiami oleh golongan berpendapatan menengah rendah?

    Klik jawapan »

187) KOS PERLANTIKAN PEGUAM MEWAKILI ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam melantik peguam bagi mewakili kes di atas.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan nama-nama syarikat guaman yang dilantik oleh Kerajaan Negeri

    Klik jawapan »

  3. Apakah kriteria dalam pemilihan syarikat-syarikat guaman tersebut.

    Klik jawapan »

188) PENGECILAN OPERASI KUMPULAN PKPS

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk kepada Usul No. 15 Tahun 2010 berkenaan ÓKeputusan Mengecilkan Operasi Kumpulan PKPSÓ: Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap usul ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapa ramaikah kakitangan yang telah ditamatkan perkhidmatan atau dipindahkan sejak bermulanya tindakan mengecilkan operasi syarikat?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah pampasan yang telah dibayar, jika ada, kepada kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan?

    Klik jawapan »

189) PEMERIKSAAN PAYU DARA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah penduduk di Selangor telah menikmati kemudahan ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kos untuk setiap pemeriksaan?

    Klik jawapan »

190) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini proses menaiktaraf jalan tersebut yang kebelakangan ini semakin sesak khususnya menjelang hari-hari kelepasan am ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan bilakah kerja-kerja menaiktaraf dan memasang pembahagi jalan dari kilang Bernas hingga ke Balai Bomba Sekinchan dapat dimulakan ?

    Klik jawapan »

  3. Sila huraikan apakah perancangan jangka masa panjang Kerajaan Negeri bagi mengatasi kesesakan lalu lintas terutamanya di persimpangan lampu isyarat Pekan Sekinchan dan Tanjung Karang ?

    Klik jawapan »