Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

191) BANGI PERLU DEWAN PERSIDANGAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Semasa YAB DatoÕ Menteri Besar turun padang ke Hulu Langat, 6 Mei 2011, Tuan Pegawai Daerah dalam ucapan alu-aluannya menyebut Bangi memerlukan sebuah dewan persidangan (kompleks serbaguna). Adakah DatoÕ Menteri Besar berpendapat permohonan ini wajar?

    Klik jawapan »

  2. Jika wajar bilakah dewan serbaguna ini akan didirikan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah tanah kosong dekat PKNS berdekatan Tasik Cempaka wajar didirikan?

    Klik jawapan »

192) SEKOLAH-SEKOLAH PERSENDIRIAN JENIS CINA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membina sebuah Sekolah Menengah Cina Persendirian untuk mengatasi permintaan yang melebihi daripada kalangan kaum Cina di negeri ini?

    Klik jawapan »

  2. Selain daripada bantuan kewangan, apakah bantuan-bantuan lain yang telah dan bakal diberikan kepada Sekolah-sekolah Menengah Cina Persendirian di negeri Selangor pada masa kini?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Persendirian Cina yang terdapat di Negeri Selangor pada hari ini?

    Klik jawapan »

193) DASAR PEMILIKAN TANAH/RUMAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Adakah pemberian geran hak milik tanah kediaman dengan pembayaran RM 1000 bercanggah dengan kanun tanah negara atau mana-mana akta tanah?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah anggaran kekurangan kutipan bawah tajuk pelupusan tanah setiap tahun di PTG negeri?

    Klik jawapan »

  3. Apakah syarat-syarat yang dikenakan dalam perlaksanaan dasar tersebut?

    Klik jawapan »

194) TANAH RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak tanah ibadat selain Islam yang telah diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara sehingga sekarang?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Jabatan-Jabatan Teknikal yang dimaksudkan dan nyatakan secara ringkas pertimbangan-pertimbangan jabatan ini?

    Klik jawapan »

195) PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan dan berapakah jumlah unit rumah pangsa yang mendapat faedah dari program ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk meluaskan bantuan yang diberikan kepada rumah pangsa kos rendah?

    Klik jawapan »

196) PERBELANJAAN PENYELENGARAAN JKR SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Merujuk kepada jawapan JKR Selangor dalam sesi yang lalu, JKR Selangor telah menerima peruntukkan sebanyak RM 70juta untuk tahun 2009 dan RM 30juta untuk tahun 2010 untuk tujuan penyelenggaraan jalan oleh konsesi dan JKR Daerah daripada Kerajaan Pusat. JKR juga melaporkan bahawa kontraktor penyelenggaraan yang dilantik telah gagal melaksanakan tugas mereka dengan sempurna. Siapakah kontraktor penyelenggaraan baru sekarang dan apakah kerja-kerja yang telah dilakukan olehnya sehingga kini.

    Klik jawapan »

197) KAWASAN PERUMAHAN DAN PADANG TIDAK DIURUSTADBIR DENGAN BAIK

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Kebanyakan padang dan kawasan permainan di taman-taman Kawasan DUN Meru terabai dengan permainan yang rosak, padang tidak dikawal selia dengan penanaman pokok kekal oleh penduduk , sampah sarap dsbnya. Apakah tindakan yang patut diambil oleh MPK dalam menangani aduan seperti ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah drastik bagi mengembalikan ÒTamanku SyurgakuÕ dalam meningkatkan kualiti taman perumahan di Selangor.

198) YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Adakah Yayasan Selangor terlibat dalam projek-projek pembinaan dalam tempoh 1991-2008? Nyatakan keseluruhan projek-projek tersebut dan pemaju- pemaju berkaitan.

    Klik jawapan »

  2. Terdapat dakwaan berlaku ketirisan dan penyelewengan dalam 15 projek tersebut dan 10 syarikat yang terbabit. Apakah tindakan pihak kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

199) STATUS KEWANGAN YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan status kewangan Yayasan Selangor dari tahun 2008 hingga kini.

    Klik jawapan »

200) TANAH UNTUK SEKOLAH TAMIL DI DUN BUKIT MELAWATI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Laporan dan permohonan tanah untuk 6 buah sekolah - sekolah Tamil di DUN Bukit Melawati telah pun diserahkan kepada kerajaan negeri. Adakah rundingan untuk mengambil alih tanah dengan tuan punya tanah dimulakan oleh kerajaan negeri ? Apakah perkembangan dalam perkara ini ?

    Klik jawapan »