Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

21) KEMPEN ZON BERSIH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapa jumlah kewangan yang telah dibelanjakan untuk tujuan tong sampah dalam program ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah program zon bersih mencapai sasarannya?

22) LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Aduan dari penghuni perumahan rakyat LPHS, di seksyen 26 Shah Alam adalah syarikat penyelenggaraan yang di lantik LPHS tidak laksanakan tugas hingga surau dilimpahi air najis. Huraikan apakah benar dakwaan ini?

    Klik jawapan »

  2. Jelaskan, berapa unitkah rumah di perumahan ini kosong dan berapakah yang dihuni? Huraikan berapakah pecahannya mengikut kaum?

  3. Kenapa rekod polis dijadikan alasan untuk menolak permohonan penyewa dari kalangan orang miskin?

    Klik jawapan »

23) PROGRAM BANTUAN ÔBLUEPRINT’

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah orang rakyat Selangor yang telah mendapat kemudahan bantuan ÔblueprintÕ ini, dan jenis-jenis bantuan yang diberi.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk program ini sejak Pakatan Rakyat memerintah.

  3. Berapakah tempoh yang digunakan untuk memproses permohonan bantuan ini

    Klik jawapan »

24) PENGKALAN DATA BERSEPADU RAKYAT (MISKIN) NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan pernah menyuarakan tentang perancangan untuk membina pengkalan data secara bersepadu rakyat miskin/asnaf melibatkan jabatan kebajikan masyarakat, Lembaga zakat Selangor dan lain-lain. Apakah status terkini perancangan tersebut.

    Klik jawapan »

  2. Adakah pengkalan data itu nanti dapat di akses di Pusat Khidmat DUN.

    Klik jawapan »

25) KAWASAN SIMPANAN HUTAN YANG DIGAZETKAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah keluasan tanah, lokasi serta tujuan kawasan hutan simpanan yang telah digazetkan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2000 hingga 2008

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menjaga kawasan simpanan hutan yang telah disewa keluar untuk tujuan pertanian dan senaraikan kawasan tanah hutan yang telah diluluskan untuk tujuan pertanian mengikut pecahan daerah bagi tahun 2001-2011.

    Klik jawapan »

26) MASALAH SOSIAL

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Masalah sosial seperti gejala pembuangan bayi tetap berlaku di Selangor walaupun telah diperintah oleh Pakatan Rakyat. Apakah mekanisme kerajaan untuk membanteras masalah sosial?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah keberkesanan dan kejayaan untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah halangan-halangan yang dihadapi bagi gejala ini?

    Klik jawapan »

27) BANTUAN UNTUK KAWASAN SUNGAI BULOH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan cadangan menjadikan kawasan Rubber Research Institut (RRI) Sungai Buloh sebagai hub baru pembangunan Lembah Kelang. Apakah pandangan Kerajaan Negeri berhubung dengan cadangan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai idea pembangunan lain bagi kawasan Sungai Buloh?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan hab berkenaan?

    Klik jawapan »

28) BIASISWA IPT KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapa orang pelajar telah berjaya memperoleh tawaran Biasiswa IPT Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pemberian biasiswa IPT mengikut kuota kaum atau berdasarkan meritokrasi?

    Klik jawapan »

29) PROGRAM JOM KE SUPERMARKET

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sila jelaskan program ini dengan terperinci.

    Klik jawapan »

30) PEMERIKSAAN SKIM PERUBATAN WANITA SELANGOR / MAMMOSEL

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramai penyertaan skim tersebut? Sila pecahkan mengikut kawasan DUN / Parlimen

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak yang telah dibelanjakan untuk skim tersebut sehingga Mei 2011

    Klik jawapan »