Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

61) KONSESI BALAK

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan orang perseorangan dan syarikat swasta yang telah diberikan konsesi pembalakan bagi tempoh 1.1.2009 hingga 1.1.2011

    Klik jawapan »

  2. Sila berikan butiran termasuk kedudukan tanah konsesi tersebut?

    Klik jawapan »

62) PRESTASI PELABURAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri sering berbangga dengan prestasi pelaburan negeri dari luar atau dalam negara yang menggalakkan. Apakah sasaran dan bagaimanakah prestasi pelaburan negeri setakat pertengahan 2011?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program-program untuk menarik pelaburan yang dilaksanakan tahun ini?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah status pelaburan di Bernam Jaya yang mahu dibangunkan sebagai Zon Perkhidmatan Antarabangsa?

    Klik jawapan »

63) FAHAMAN ISLAM LIBERAL

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Akhir-akhir ini ini terdapat fahaman Islam Liberal yang boleh mengancam fahaman sebenar Islam berteras ahli sunnah wal jemaah. Apakah pendirian kerajaan negeri berhubung fahaman Islam Liberal?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah penularan fahaman Islam Liberal di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah bidang kuasa dan penguatkuasaan yang boleh dilakukan JAIS dalam mengekang fahaman Islam Liberal?

    Klik jawapan »

64) HASIL PERLADANGAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Dalam memacu Ekonomi di Negeri Selangor ini hasil Perladangan juga boleh menjadi komoditi yang mendatangkan pendapatan kepada rakyat negeri ini. Bolehkah dibenarkan tanah kepunyaan Perbadanan Pertanian Negeri Selangor (PPNS) yang luas di beberapa daerah di Negeri Selangor disewakan, contohnya empat (4 ) ekar kepada seorang untuk mereka menjalankan usaha bercucuk tanam atau ternakan?

    Klik jawapan »

65) KESIHATAN UNTUK RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Rakyat yang sihat merupakan aset negara. Kerajaan ini sudah pun memulakan beberapa program Kesihatan untuk rakyat negeri ini. Apakah perkembangan program untuk menyediakan Perlindungan Insurans Kesihatan untuk semua warga Selangor yang miskin ?

    Klik jawapan »

  2. Berapa anggaran kos untuk program ini ?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Selangor ingin melaksanakan program ini ?

    Klik jawapan »

66) KADAR CUKAI TANAH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan kadar cukai tanah untuk zon industri bagi status mukim, pekan dan bandar, mengikut pecahan daerah untuk tahun 1995 dan tahun 2011 masing-masing.

    Klik jawapan »

  2. Apakah jabatan yang bertanggungjawab untuk mengkaji, menilai dan menentukan kadar cukai tanah di Negeri Selangor dan apakah prosedur penentuan kadar cukai tanah?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kriteria-kriteria yang digunakan untuk menentukan kadar cukai tanah untuk zon industri di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

67) PROGRAM ZON BERSIH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Apakah sistem pemantauan yang ada untuk program zon bersih?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukkan yang telah dibelanjakan dalam program ini?

    Klik jawapan »

68) PENCEMARAN AIR LAUT DI PERAIRAN PELABUHAN KLANG

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Amnya Pelabuhan Klang mempunyai 3 pelabuhan iaitu Pelabuhan Barat, Pelabuhan Selatan dan Pelabuhan Utara. Telah terdapat tumpahan minyak yang sering berlaku di 3 pelabuhan tersebut. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri di dalam membendung dan mengelakkan kejadian seumpama ini sering berlaku selain laporan dan aduan dibuat kepada Lembaga Pelabuhan Klang, Jabatan laut dan Jabatan Alam Sekitar

    Klik jawapan »

  2. Apakah Kerajaan Negeri akan mewujudkan satu badan khas bagi memantau aktiviti di perairan Pelabuhan Klang?

    Klik jawapan »

  3. Ini kerana, nasib golongan nelayan yang mencari rezeki di sekitar kawasan perairan Pelabuhan Klang akan terjejas dan apakah ada bantuan yang akan disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk mereka?

    Klik jawapan »

69) HADIAH MASUK UNIVERSITI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Apakah syarat-syarat untuk mendapat bantuan hadiah masuk universiti tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Kenapa terdapat banyak permohonan ditolak?

    Klik jawapan »

70) PENAMBAHAN PERUNTUKAN AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (EXCO) DAN ADUN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Adakah tindakan ini dapat membebankan kedudukan kewangan kerajaan Negeri ?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana cara penggunaan peruntukan ini di kawasan DUN yang diwakili oleh ADUN BN ?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah tambahan peruntukan bagi EXCO dan ADUN?

    Klik jawapan »