Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

91) MASALAH PERCAMBAHAN GERAI-GERAI TANPA LESEN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Sejak kebelakangan ini, gerai tanpa lesen terutamanya di tepi-tepi jalan tumbuh macam cendawan selepas hujan. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja gerai baru yang didirikan. Lokasi gerai-gerai ini mungkin terletak di tempat-tempat yang strategik, di tepi-tepi jalan misalnya namun dalam banyak kes ia menjejaskan pemandangan serta kebersihan di sesuatu kawasan. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini?

    Klik jawapan »

  2. Oleh kerana dalam banyak kes, tiada sebarang tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan, adakah ini satu langkah liberalisasi yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menunaikan janji-janji pilihan rayanya membuka lebih banyak peluang kepada rakyat memperolehi pendapatan.

    Klik jawapan »

92) PENTADBIRAN MUKIM DAN KAMPUNG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. ADUN memainkan peranan sebagai agensi Kerajaan Negeri melalui pentadbiran daerah dan juga mukim di bawah Penghulu Mukim. Sekiranya terdapat cukup bukti apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap Penghulu yang menerima dan menjalankan arahan selain daripada Pegawai Daerah?

    Klik jawapan »

  2. Penghulu yang lebih mengutamakan kerjasama dengan pengerusi JKKKP daripada pengerusi JKKK?

    Klik jawapan »

  3. Penghulu yang menjalankan serta membuka ruang bagi menjayakan Program People Centric anjuran Kerajaan Pusat?

    Klik jawapan »

93) PELABURAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 hingga bulan Mei 2009, sudah berapa kali kerajaan Negeri Selangor mencari pelabur di luar negara dan apakah negaranya?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan perbelanjaan setiap kali kerajaan Negeri Selangor ke luar negara untuk mencari pelabur dengan terperinci

    Klik jawapan »

94) DASAR PEMBASMIAN KEMISKINAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah Dasar Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan strategi serta tempoh bagi perlaksanaan dasar tersebut

    Klik jawapan »

95) KADAR JENAYAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil dan cabaran yang dihadapi kerajaan untuk membendung kadar jenayah di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan akan bercadang untuk mengambil alih perkhidmatan pasukan polis di Selangor untuk diletakkan di bawah penguasaan Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

96) PENGURUSAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Kelang Central Ð Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah peniaga-peniaga dan pengurusan syarikat bas yang telah berlarutan sekian lama di tempat berkenaan?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan perbelanjaan yang melibatkan bayaran elaun tetap bulanan, keraian serta perbelanjaan pengurusan pejabat untuk Ahli-ahli Majlis di setiap PBT tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan jumlah kutipan yang dikutip oleh setiap PBT yang meliputi cukai pintu, cukai taksiran dan premis komersial bagi tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

97) JUMLAH BELIA YANG SUDAH DIBANTU

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri mewar-warkan pelbagai program untuk membantu belia-belia anak Selangor membina masa depan dengan kehidupan yang lebih sempurna. Berapakah jumlah peluang-peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan yang telah disediakan kepada belia-belia anak Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah belia-belia di negeri Selangor yang telah mendapat pekerjaan?

    Klik jawapan »

98) PASIR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap syarikat mencuri pasir di Bukit Enggang Sungai Long yang masih berleluasa?

    Klik jawapan »

  2. Apakan rasional memberi permit pengeluaran pasir kepada satu syarikat, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. sedangkan dalam masa yang sama pengeluaran pasir tanpa permit terus meningkat?

    Klik jawapan »

99) PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah peranan dan bidang kuasa Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan syarikat-syarikat yang terletak di bawah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan perbadanan yang mempunyai peranan yang sama seperti Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dalam Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

100) PERKHIDMATAN WI-FI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Kerajaan Negeri akan memberi perkhidmatan wi-fi ataupun Internet percuma kepada rakyat Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah tender terbuka akan dijalankan untuk pemilihan kontraktor terlibat?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kos yang terlibat untuk perlaksanaan perkhidmatan ini?

    Klik jawapan »