Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

81) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Kawasan DUN Tg. Sepat mempunyai banyak industri kecil sederhana makanan ringan. Bilakah Pusat IKS akan diwujudkan di kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

82) STATUS KUIL HINDU DI PANTAI REMIS SG. SEMBILANG

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Kewujudan dua buah kuil Hindu sejak tujuh tahun lalu di rizab hutan pantai Remis, Sg. Sembilang, Jeram telah menimbulkan masalah, bantahan dan sensitiviti kurang menyenangkan penduduk tempatan. Kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan lalu memberi arahan kepada Jabatan Perhutanan Selangor untuk melaksanakan kerja-kerja merobohkan dua buah kuil hindu yang didirikan tanpa sebarang kebenaran di Hutan Simpan Kapar, Sg. Sembilang, Kapar, Daerah Kuala Selangor. Kerajaan negeri baru-baru ini membentuk satu jawatankuasa yang turut disertai badan agama (NGO) bagi melakukan kajian teliti ke atas tapak rumah ibadat bukan Islam. Apakah status terkini dua buah kuil di Pantai Remis, Sg. Sembilang yang masih belum dirobohkan lagi?

    Klik jawapan »

  2. Sebagaimana dimaklumkan, kerajaan negeri akan memberi kelulusan pada semua tapak ibadat bukan Melayu yang sudah berdaftar. Sila senaraikan tapak ibadat bukan Melayu yang terdapat di Daerah Kuala Selangor yang sudah berdaftar dan akan diberi kelulusan serta yang sudah diluluskan sebelum ini

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menangani masalah tapak ibadat bukan Melayu

    Klik jawapan »

83) KEJADIAN TANAH RUNTUH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Kejadian tanah runtuh di Pangsapuri Wangsa Heights, Bukit Antarabangsa pada awal pagi, 23 April 2008 yang mengakibatkan batu - batu besar tergelincir dan menghempap kenderaan - kenderaan penghuni pangsapuri tersebut telah mendapat liputan meluas media -media tempatan. Apakah pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPA ) menyedari bahawa cerun batuan dan cerun tanah di Wangsa Heights diklasifikasikan sebagai cerun berisiko tinggi?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Kerajaan Negeri sedia maklum bahawa Institut Kerja raya Malaysia ( IKRAM ) telah menyiapkan kajian risiko cerun dan pemetaan secara khusus untuk kawasan pembangunan Wangsa Heights berdasarkan "expert judgement' dan menyerahkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya ( JKR ) pada awal tahun 2008?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk menjamin keselamatan 208 unit pangsapuri Wangsa Heights yang dimajukan pada tahun 1982 berdasarkan cadangan IKRAM?

    Klik jawapan »

84) KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Apakah mekanisme yang akan digunakan oleh kerajaan negeri dalam melantik ahli-ahli majlis tempatan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perubahan-perubahan yang akan dilaksanakan dalam proses pemantapan fungsi ahli majlis Pihak BerkuasaTempatan (PBT)

    Klik jawapan »

  3. Bagaimana proses perubahan tersebut akan dilaksanakan ?

    Klik jawapan »

85) KEBAJIKAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Walaupun slogan Selangor Maju 2005 telah dilaungkan tetapi masih terdapat bilangan penduduk yang banyak di tahap kemiskinan di kawasan DUN Bukit Melawati. Berapakah bilangan di antara mereka di atas telah diberikan bantuan kebajikan dan dalam bentuk apa pada tahun-tahun 2005, 2006 dan 2007?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jenis-jenis bantuan yang telah diberikan kepada mereka yang terlibat di atas dan namakan agensi-agensi yang terlibat dalam pemberian/pengagihan bantuan ini?

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyakkah peruntukkan yang disediakan untuk perkara di atas untuk membantu rakyat miskin/termiskin di negeri ini untuk tahun 2008?

    Klik jawapan »

86) SEKOLAH AGAMA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah semua sekolah-sekolah agama di Selangor berbanding negeri-negeri lain dan berapakah jumlah aset yang ada?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan tahunan kerajaan negeri bagi membiayai keseluruhan sekolah agama di Selangor dan ke manakah ia dibelanjakan

    Klik jawapan »

  3. Berapakah elaun guru-guru di sekolah-sekolah agama KAFA yang diselenggarakan oleh MAIS dan adakah ia boleh menampung kos sara hidup mereka di sebuah negeri maju seperti di Selangor ini?

    Klik jawapan »

87) DEWAN SERBAGUNA, DEWAN ORANG RAMAl DAN BALAI RAYA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Dalam negeri Selangor, setiap Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan ada mempunyai Dewan Serba guna, Dewan Orang Ramai dan Balai Raya bawah jagaannya. Sila berikan senarai lengkap semua dewan-dewan yang di bawah pengawasan Pejabat-pejabat Daerah dan Pihak BerkuasaTempatan.

88) USAHA MENINGKATKAN PENGELUARAN MAKANAN TEMPATAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Krisis makanan yang dihadapi dunia sekarang ini turut membelenggu negara ini. Kerajaan Negeri melalui anak syarikat, Perbandaran Kemajuan Pertanian Selangor ("PKPS") sejak dahulu lagi telah menjalankan projek-projek pertanian secara komersial sebagaimana yang digariskan melalui lima misi dan visi perbadanantersebut. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan lagi usaha yang dijalankan oleh PKPS agar dapat membantu negara menghadapi krisis makanan yang dihadapi oleh dunia sekarang ini?

    Klik jawapan »

89) SUKAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Negeri Selangor telah mengekalkan kejayaan dalam Sukan Malaysia buat kali ke enam berturut-turut. Apakah dasar aktiviti Sukan Negeri Selangor yang dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kerajaan berminat untuk membangunkan pelancongan sukan (sport tourism) seperti sukan Paragliding, Go kart dan sebagainya?

    Klik jawapan »

90) PERTANIAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Sabak Bernam merupakan Jelapang Padi Negeri Selangor dan penghasilan padinya adalah yang tertinggi di Malaysia iaitu 10 tan per hektar. Namun demikian, masalah kekurangan air masih menjadi permasalahan utama para pesawah. Apakah tindakan kerajaan negeri di dalam menangani masalah ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyakkah peruntukan yang akan disalurkan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi?

    Klik jawapan »