Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

101) PENGGABUNGAN SYARIKAT-SYARIKAT AIR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Dasar penswastaan keperluan asas rakyat seperti air, elektrik serta perubatan telah meningkatkan beban kehidupan rakyat. Kerajaan negeri Selangor telah mengambil inisiatif untuk menghakmilik negerikan bekalan air . Apakah status terkini proses penggabungan syarikat-syarikat yang terlibat dengan pengurusan air di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah proses penggabungan syarikat-syarikat terlibat dijangka akan disiapkan dan berapakah kos yang terlibat?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan bahawa kadar harga air yang dikenakan adalah munasabah, pada masa yang sama tidak menjejaskan belanjawan Kerajaan Negeri.

    Klik jawapan »

102) PELABURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Setakat ini, apa pelaburan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri baru? Sila senaraikan.

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam pelaburan pada masa akan datang?

    Klik jawapan »

103) PENGLIBATAN KAUM BUKAN MELAYU DI DALAM SEKTOR AWAM NEGERI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Adakah sebarang peluang bagi kaum bukan Melayu untuk dilantik sebagai DatoÕ Bandar bagi salah satu Bandaraya di Negeri Selangor ini seperti di Shah Alam dan/atau Petaling Jaya?

    Klik jawapan »

  2. Adakah sebarang peluang bagi kaum bukan Melayu untuk dilantik memegang jawatan sebagai Yang Di Pertua bagi mana-mana Majlis Daerah dan Tanah di Negeri Selangor ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kaum bukan Melayu akan dapat diberi peluang dan dilantik sebagai Pengerusi dan/atau Ketua dan/atau Presiden bagi mana-mana Perbadanan Korporat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor sepenuhnya?

    Klik jawapan »

104) PENWARTAAN TANAH DI DAERAH HULU LANGAT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Jumlah permohonan penwartaan tanah dari kawasan lapang ke tanah milik yang telah diproses di daerah Hulu Langat sejak tahun 2004. Sila sebutkan kawasan, saiz tanah, tujuan penwartaan, nama pemohon dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat.

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan tanah-tanah yang sedang dipohon dan akan diwartakan di bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya sejak 8hb Mac 2008.

    Klik jawapan »

  3. Syarat-syarat dan undang-undang yang perlu dipatuhi dalam penwartaan tanah dari kawasan lapang dan rezab hutan kepada tanah milikan

    Klik jawapan »

105) TEMPAT LETAK KERETA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar yang digunakan untuk menentukan bilangan tempat letak kereta dalam pembangunan perumahan bertingkat atau komersil?

    Klik jawapan »

  2. Adakah dasar ini akan dikaji semula memandangkan kebanyakan pembangunan tidak menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah ini.

    Klik jawapan »

106) MASALAH PENDUDUK BANGI GOLF RESORT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Persatuan Penduduk Bangi Golf Resort Fasa Satu Bangi mendakwa mereka diabaikan oleh pemilik Bangi Golf Resort yang 60% dimiliki Singapura dan hanya 40% dimiliki oleh PKNS. Mengapakah Bangi Golf Resort & Develpoment Corporation Sdn. Bhd. dan PKNS mengabaikan keperluan infra-struktur bagi kawasan perumahan Golf Resort Fasa Satu, Bangi ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah sebabnya perkhidmatan kawalan keselamatan di kawasan ini ditamatkan sejak 30 April 2008 ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan pihak kerajaan bagi mengatasi masalah yang dialami penduduk di sini.

    Klik jawapan »

107) KUTIPAN CUKAI PINTU

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Selangor terpaksa menanggung tunggakan cukai pintu lebih RM1 bilion apabila kebanyakan syarikat, pemilik bangunan dan persatuan liat menunaikan tanggungjawab itu sejak lima tahun lepas. Berapa lamakah tempoh yang diberikan bagi pihak terbabit membereskan bayaran yang tertunggak?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor terhadap mereka yang enggan melangsaikan cukai pintu tertunggak dalam tempoh yang dinyatakan? Adakah mereka yang gagal diberi penyapu seperti sebelum ini?

    Klik jawapan »

108) KEGIATAN MENGOREK PASIR DI KG KUALA AMPANG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Terdapat aduan bahawa kegiatan melombong pasir di pertemuan Sungai Ampang dan Sungai Kelang di Kg Kuala Ampang, Hulu Kelang berjalan rancak selama kira-kira 8 bulan sebelum Pilihan raya Umum ke-12. Kegiatan itu dihentikan beberapa hari sebelum hari mengundi. Awal bulan Julai 2008, kegiatan mengorek dan mengangkut pasir ini dijalankan semula. Sila kemukakan anggaran keuntungan (jika ada) atau kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri daripada kegiatan perlombongan pasir tersebut.

    Klik jawapan »

  2. Jika kegiatan perlombongan pasir tersebut merupakan satu kegiatan haram, apakah tindakan yang akan dilakukan oleh kerajaan terhadap pesalahnya

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam melibatkan penyertaan masyarakat dan orang ramai dalam memantau dan membuat aduan terhadap kegiatankegiatan perlombongan pasir haram selaras dengan dasar kerajaan memasyarakatkan ekonomi rakyat.

    Klik jawapan »

109) MASALAH STATUS TANAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Banyak tanah-tanah di kawasan DUN Sri Muda terutama di kawasan Bukit Kemuning merupakan tanah berstatus pertanian dan sebagainya. Jika tanah-tanah ini diusahakan untuk industri pertanian, ia serba sedikit dapat menjana sektor pertanian di kawasan DUN Sri Muda yang lebih tertumpu kepada sektor industri dan perumahan. Apakah ada tindakan yang diambil terhadap status tanah pertanian yang telah ditukar kepada perindustrian tetapi tidak ada industri yang dijalankan dan ia terus terbiar sejak sekian lama, huraikan cadangan tersebut.

    Klik jawapan »

  2. Apakah status tanah Revolusi Hijau di Johan Setia dan huraikan apakah maksud sebenar Revolusi Hijau tersebut kerana penduduk kampung sendiri terkeliru dan lebih mengelirukan keadaan terdapatnya aktiviti pertanian yang melampau hingga menjejaskan alam sekitar

    Klik jawapan »

  3. Terdapat sekitar 40 lot tanah hasil dari meluruskan Sungai Klang berada dalam Pejabat Tanah Petaling dan pemilik-pemiliknya terdiri dari pegawai kanan kerajaan dan bekas pemimpin setempat kerajaan lama. Apakah Kerajaan Negeri bercadang membatalkan status tanah ini kerana pembahagiannya meragukan kerana sewajarnya tanah ini di berikan kepada mereka yang lebih berhak.

    Klik jawapan »

110) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kes projek hartanah komersial seperti hotel, ruang pejabat, rumah kedai dan kompleks membeli-belah yang terbengkalai dan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menangani masalah ini.

    Klik jawapan »