Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

61) SEKTOR PERTANIAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Sektor pertanian merupakan salah satu punca pendapatan utama penduduk Sepang dan sebagai sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor. Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedia memberi baja kepada pekebun kelapa sawit dan pekebun ubi kayu dan ubi keledek di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah peruntukan diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memperbaiki sistem perparitan dan jalan-jalan di kebun-kebun kelapa sawit dan kebun ubi kayu dan keledek di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

62) PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM KECELARUAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Dunia tanpa sempadan menjadikan segala maklumat dapat diperoleh di hujung jari. Justeru, pembinaan sahsiah rakyat dan generasi muda negeri dan negara ini tidak semudah menuturkan kata-kata manis. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi dan memerlukan kerjasama semua pihak, bermula dari dalam rumah hinggalah ke peringkat Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri menjadi tuan rumah perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya baru-baru ini. Seperti kita sedia maklum, dalam perhimpunan berkenan berlakunya budaya liar yang tidak terkawal selain tohmahantohmahan yang membakar kebencian sesama rakyat. Di manakah manfaat dan relevannya Kerajaan Negeri dalam soal pembentukan sahsiah rakyat dan pembangunan modal insan dengan kesediaan menjadi tuan rumah perhimpunan berkenaan?

    Klik jawapan »

  2. Dalam konteks yang sama, adakah Kerajaan Negeri akan menuruti Kerajaan Kelantan yang mewajibkan mereka yang menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat sebagai syarat wajib mengambil bekerja bagi pemimpin, ketua jabatan dan kakitangan Kerajaan Negeri sebagaimana syarat kelayakan mesti lulus bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM)?

    Klik jawapan »

  3. Antara ciri modal insan terpuji adalah menepati janji. Sehingga kini, berapakah jumlah pelajar yang sudah mendapat RM1000 untuk masuk universiti dengan memenuhi kriteria yang bagaimana?

    Klik jawapan »

63) PROGRAM AIR PERCUMA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Mengapa Syabas memaklumkan bahawa bekalan air percuma hanya sehingga akhir tahun 2008 sedangkan ia merupakan dasar jangka lama Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pengurusan Syabas perlu merujuk kepada kerajaan Negeri Selangor sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan?

    Klik jawapan »

64) LIGA BOLA SEPAK HULU LANGAT TIDAK BERGIAT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah liga tersebut malap dan begitu lama tidak bergiat ?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah sepatutnya bertanggungjawab bagi memulihkan liga tersebut.

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan utama bagi memulihkan imej liga bola sepak di Hulu Langat?

    Klik jawapan »

65) KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR KILANG DI KAWASAN KAMPUNG / LUAR BANDAR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Terdapat pembinaan kilang-kilang di dalam kawasan kampung / luar bandar yang mana kemudahan jalan raya digunakan bersama oleh kedua-dua belah pihak. Sedia maklum bahawa jalan-jalan yang sedia ada di kawasan perkampungan tidak dapat menampung beban berat kenderaan yang mencecah 40m/tons dan ini menyebabkan jalan tersebut rosak. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan perkara tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah ukuran paip air yang disalurkan kepada kilang-kilang di kawasan perkampungan mengikut spesifikasi industri sedangkan kilang-kilang tersebut di dalam kawasan kampung?

    Klik jawapan »

66) INDUSTRI TERNAKAN BABI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Baru-baru ini kerajaan negeri memaklumkan akan membuat pelaburan RM 100 juta dalam industri ternakan babi secara kaedah moden. Apakah rasional Kerajaan Negeri membuat pelaburan begitu banyak dalam industri ternakan babi

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang membuat pelaburan tambahan

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri mengambil kira sensitiviti kaum agama Islam sebelum membuat pilihan kawasan yang dikenal pasti menjalani industri ternakan babi secara moden

    Klik jawapan »

67) PEMILIHAN AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Sekalung tahniah kepada Kerajaan Negeri di atas pelantikan 24 orang Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) bagi memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat negeri Selangor terus terbela. Apakah kriteria dan pertimbangan penting yang ditekankan oleh Kerajaan Negeri dalam memilih dan melantik ahli-ahli majlis PBT berkenaan dan bagaimana agihan dilaksanakan antara parti-parti politik dalam pakatan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan?

    Klik jawapan »

  2. Kerajaan Negeri pernah mewar-warkan akan mengadakan pilihan raya untuk memilih ahli majlis PBT. Mengapakah kempen yang diperjuangkan sekian lama itu tidak dilaksanakan?

    Klik jawapan »

68) KILANG BESI BURUK

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan butir terperinci lesen kilang besi buruk yang telah diberikan dalam Selangor mengikut PBT dalam tahun 2007 dan 2008.(nama syarikat, lokasi, tempoh lesen)

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam menangani kilang besi buruk haram yang semakin bertambah?

    Klik jawapan »

69) TEKANAN AIR RENDAH Ð SYABAS

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Kita menerima banyak aduan tentang tekanan air yang rendah dibekalkan oleh SYABAS sejak hampir setahun ini. Apakah punca keadaan ini dan mengapakah tekanan seperti yang dibekalkan dahulu tidak dikekalkan?

    Klik jawapan »

70) KEPERLUAN MEWUJUDKAN MAJLIS PERBANDARAN KOTA RAJA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Keadaan semasa dalam kawasan Parlimen Kota Raja penduduk dipecahkan kepada 3 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh kerana itu ia bukan sahaja mengelirukan penduduk tetapi juga kontraktor yang menjalankan kerja penyelenggaraan, pemotongan rumput dan sebagainya. Adalah dicadangkan agar diwujudkan segera sebuah pusat bandar baru dengan struktur majlis sendiri dengan seberapa segera. Dalam soalan yang lepas, penjelasan yang diberikan mengenai DUN Sri Muda dalam kawasan Parlimen Kota Raja yang mempunyai hanya 2 PBT adalah tidak tepat sama sekali, soalan saya adakah Exco terlibat memeriksa terlebih dahulu jawapan yang diberikan oleh pegawai-pegawai kerana jawapan yang tidak tepat sebegini menunjukkan pihak berkuasa tempatan sendiri dan pegawai-pegawai kerajaan sendiri tidak tahu tentang sempadan-sempadan kawasan kerja masing-masing. Jelaskan secara terperinci siapakah yang terlibat memberi jawapan ini hinggakan Exco tidak dimaklumkan jawapan yang sebenar

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan sedar terdapat pegawai-pegawai yang tidak teliti semasa memberikan jawapan-jawapan dan sekiranya kerajaan menyedarinya apakah tindakan tatatertib yang akan di ambil bagi menyekat pegawai-pegawai ini dari memberikan jawapan yang tidak tepat.

    Klik jawapan »

  3. Keperluan mewujudkan Majlis Perbandaran sendiri di Kota Raja adalah amat mendesak, justeru itu bilakah ianya dapat diwujudkan bagi mengatasi kekeliruan rakyat, pegawai kerajaan dan Exco sendiri.

    Klik jawapan »