Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

171) BANJIR KILAT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut


  1. Apakah pihak berkaitan mempunyai solusi kepada masalah banjir kilat yang sering berlaku di Taman Serendah Makmur,Serendah dan juga di persimpangan tol Bukit Beruntung yang berpunca daripada masalah sistem perparitan yang tidak di selia dengan baik?

    Klik jawapan »

172) PROSEDUR TERKINI PENYAMPAIAN SUMBANGAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah prosedur terkini penyampaian sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?

    Klik jawapan »

  2. Adakah berlaku sebarang penyelewengan wang atau ketidakpatuhan prosedur semenjak skim ini diperkenalkan? Nyatakan.

    Klik jawapan »

173) PROGRAM AIR PERCUMA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut


  1. Apakah pihak Kerajaan Negeri akan tetap melaksanakan penjajaran semula Program Air Percuma dengan memfokuskan kepada golongan B40 semata-mata seperti yang dicadangkan dalam Belanjawan Negeri 2019?

    Klik jawapan »

  2. Selain dari faktor penjimatan, apakah justifikasi lain di sebalik keputusan penjajaran semula Program Air Percuma?

174) TKPM SUNGAI KELAMBU DI RIZAB HUTAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terkini daripada Jabatan Perhutanan Selangor dalam permohonan Jabatan Pertanian untuk menjadikan hutan simpanan Kuala Langat Selatan di Sungai Kelambu untuk tujuan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)?

    Klik jawapan »

175) RUMAH IBADAT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan menstruktur semula rumah-rumah ibadat yang didirikan secara haram bagi mengelakan kes seperti kuil Mahamariaman di Seafield USJ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan pihak PBT untuk mengawal pembinaan rumah ibadat persendirian yang didirikan di dalam kompound persendirian penduduk Taman?

    Klik jawapan »

176) INSTITUT DARUL EHSAN (IDE)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan semua kajian yang telah dilaksanakan oleh IDE dari tahun 2015-2016?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah peruntukan atau geran tahunan yang diperuntukan untuk operasi IDE?

  3. Nyatakan jumlah kakitangan IDE setakat ini?

177) PROJEK NAIKTARAF JALAN BUKIT KEMUNING FT190

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut


  1. Apakah cadangan kerajaan berkenaan jalan ini dan apakah status terkini cadangan projek naiktaraf Jalan Bukit Kemuning FT190?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan kerajaan dalam usaha membaiki jalan ini sementara menunggu kelulusan projek naiktaraf?

    Klik jawapan »

178) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri dapat menambah peruntukan untuk Bas Smart Selangor untuk tahun 2020?

    Klik jawapan »

  2. Memandangkan DUN Pandamaran memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam melalui Pekan Pandamaran, Kampung Raja Uda dan Pekan Pelabuhan Klang, oleh itu adakah Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan permohonan ini?

    Klik jawapan »

179) STATUS TERKINI ISU PEMANSUHAN SUBSIDI AIR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini berkaitan dengan isu air yang dikatakan mahu dinaikkan kadarnya serta pemansuhan subsidi air?

    Klik jawapan »

180) MEMPERKENALKAN BANK DATA PEMOHON IPR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri dalam memperkenalkan bank data bagi pemohon IPR melalui satu sistem digital atau portal bagi memudahkan perekodan permohonan dan pengurusan Kerajaan Negeri ?

    Klik jawapan »