Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

271) PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan pendirian atau dasar Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah pengubahsuaian rumah teres kepada asrama yang tidak terkawal dan makin bertambah yang membawa dengannya banyak masalah sosial, keselamatan dan menggangu ketenteraman penduduk sekitar?

    Klik jawapan »

272) AIR SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah yang telah diambil dan akan diambil oleh Kerajaaan dalam memastikan mutu dan perkhidmatan yang tersusun terutama ketika berlaku krisis dan bencana?

    Klik jawapan »

273) RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan berhasrat mengambil alih kuasa pengurusan taman permainan, jalan dan kemudahan awam yang lain di dalam kawasan rumah kos rendah disebabkan yuran penyelenggaraan mereka tidak mencukupi untuk membaiki dan menjaga kemudahan-kemudahan tersebut?

    Klik jawapan »

274) KUMPULAN SEMESTA – SUMBANGAN UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Adakah sebarang dasar baru/berubah berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran SEMESTA sejak ianya di tubuhkan ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah dasar-dasar tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah sumbangan untuk kebajikan rakyat yang telah di salurkan untuk tahun 2019 dan 7 tahun yang lalu (2012-2018) ?

    Klik jawapan »

275) PEMBERIAN CF TANPA PELAN SISTEM PERPAIPAN AIR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah MPKJ boleh mengeluarkan Sijil Perakuan Kelayakan (CF) kepada kondo Casa Suria sedangkan pemaju tidak menyerahkan pelan sistem paip air kondo kepada mana-mana pihak berwajib?

    Klik jawapan »

276) PENGURUSAN SISA PEPEJAL DOMESTIK

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan perbelanjaan bagi pengurusan sisa pepejal domestik?

    Klik jawapan »

  2. Apakah PBT Klang mempunyai perancangan untuk menambah peruntukan bagi menambah aset atau meningkatkan kekerapan jadual kutipan sampah pepejal domestik di Klang?

    Klik jawapan »

277) PEMBERIAN PENYELENGGARAAN JALAN RAYA NEGERI (MARRIS)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang telah dibelanjakan sehingga bulan Jun 2019 tahun ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kemajuan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan di bawah peruntukan MARRIS tersebut sehingga kini mengikut agihan jabatan dan agensi yang terlibat?

    Klik jawapan »

278) PENYELESAIAN KESESAKAN LALU LINTAS DI KAWASAN PANDAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan jangka pendek Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas di persimpangan lampu isyarat Jalan Bunga Raya dan Jalan Bunga Mawar?

    Klik jawapan »

279) FOOD BANK

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut


  1. Dengan banyaknya penuntut institusi pengajian tinggi di Negeri Selangor, adakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu mereka melalui program seperti Food Bank bagi meringankan beban kos hidup mereka?

280) CIRCULAR ECONOMY DI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar kerajaan untuk membangunkan industri dan ekosistem circular economy di Selangor memandangkan model linear economy yang digunapakai sejak beberapa dekad yang lepas sudah dianggap sebagai tidak mampan dan memberi kesan kepada alam sekitar?

    Klik jawapan »