Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

91) ISU PROJEK PENYELENGGARAAN FLAT PELABUHAN KLANG

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini projek penyelenggaraan di flat Taman Kem & flat Taman Permai Indah, Pandamaran Jaya?

    Klik jawapan »

  2. Berapa lama tempoh masa yang diberikan kepada pihak kontraktor untuk menyiapkan projek tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah usaha Kerajaan dalam memastikan projek siap sepenuhnya?

    Klik jawapan »

92) PREMIS MAKANAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bilangan kes penguatkuasaan atas premis makan yang kotor dan yang membuang sisa-sisa makan ke dalam longkang untuk setiap Majlis.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menambah baik usaha penguatkuasaan bagi mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

93) PROGRAM BANTUAN DAN PEMBERDAYAAN NELAYAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut


  1. Apakah bentuk program bantuan dan pemberdayaan untuk para nelayan yang sediada serta program baharu bagi memastikan kelangsungan pendapatan serta kebajikan para nelayan?

    Klik jawapan »

94) IBU TUNGGAL

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Hanya mereka yang bercerai atau kehilangan suami sahaja yang diiktiraf sebagai ibu tunggal, adakah Kerajaan Negeri akan menukarkan syarat-syarat tertentu supaya mereka yang beranak tanpa berkahwin juga diiktirafkan sebagai ibu tunggal?

    Klik jawapan »

95) PENGISYTIHARAAN HARTA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan akan mewajibkan semua Ahli Dewan Selangor untuk mengisytiharkan harta mereka kepada umum seperti dilakukan oleh Ahli-Ahli Parlimen?

96) PEMBANGUNAN BELIA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha dan inisiatif Kerajaan dalam membantu dan memperkasa peranan belia dalam Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan akan memberikan apa-apa peruntukkan dan/atau geran pembangunan belia kepada Majlis Belia Daerah dan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

97) PENCEMARAN UDARA PEMBAKARAN SECARA TERBUKA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Apa tindakan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan pembakaran haram secara terbuka?

    Klik jawapan »

  2. Pembakaran sampah secara terbuka kerap berlaku di Saujana Rawang pada tengah malam, apakah tindakan Kerajaan untuk penyelesaian?

    Klik jawapan »

98) BANJIR DI KAWASAN KG BARU SERI KEMBANGAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Mulut


  1. Banjir serius berlaku pada awal April 2019 di Jalan Kuyuh, Kg Baru Seri Kembangan. Apakah rancangan terdekat dan jangka masa panjang untuk selesaikan masalah ini?

    Klik jawapan »

99) LANGKAH KESELAMATAN BANGUNAN PANGSAPURI KEDIAMAN PKNS

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah yang diambil bagi memastikan keselamatan bangunan pangsapuri kediaman di bawah PKNS di seluruh Negeri Selangor ekoran kejadian keretakan struktur bangunan Pangsapuri Taman Keramat?

    Klik jawapan »

100) PERANCANGAN BANDAR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah YB kawasan tidak dimaklumkan rancangan pembangunan dalam kawasan adun sendiri?

    Klik jawapan »