Enakmen Pembekalan Air 1997

Bahagian

VIII - Kesalahan dan Penalti

Seksyen

40

Tajuk

Kegagalan Untuk Membayar Air dan Perkhidmatan yang Dibekalkan
40 [1]

Jika mana-mana pengguna yang liable untuk—

(a) membayar bagi air yang telah dibekalkan;

(b) membayar kos bagi perkhidmatan yang telah diberikan berhubung dengan air yang dibekalkan; dan

(c) membayar apa-apa deposit di bawah seksyen 36,

gagal untuk menyelesaikan amaun yang perlu dijelaskan dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh pengemukaan bilnya, adalah menjadi sah di sisi undang- undang bagi pemegang lesen, jika dia memutuskan, untuk menghentikan air yang dibekalkan kepada pengguna itu dengan memotong paip perkhidmatan atau dengan mengambil langkah-langkah lain yang difikirkan patut dan sesuai.

40 [2]

Pemegang lesen boleh menghentikan air yang dibekalkan kepada mana-mana pemunya, penghuni mana-mana premis atau mana-mana pengguna yang –

(a) mempunyai kontrak dengan pemegang lesen untuk dibekalkan air membenarkan atau menyebabkan mana-mana dari air dibawa atau disalur atau digunakan di luar premis-premisnya untuk tujuan-tujuan lain selain daripada tijuan- tujuan dalam kontrak (pemadaman api dikecualikan);

(b) dengan sengaja atau secara cuai menyalahguna atau membazir atau menyebabkan atau membenarkan untuk disalahgunakan atau dibazirkan mana air yang dibekalkan ke premisnya; atau

(c) setelah mempersetujui untuk menggunakan air yang dibekalkan untuk satu tujuan tertentu sahaja, menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan penggunaan air untuk tujuan yang berlainan (pemadaman api dikecualikan):

Dengan syarat dia hendaklah memberitahu pemunya atau penghuni premis-premis itu, secara bertulis sebelum pemberhentian tersebut dan alasan-alasan berbuat demikian:

Dengan syarat selanjutnya, tiada pemberhentian air yang dibekal boleh dijalankan melainkan pengguna telah gagal untuk meremedi atau membetulkan keingkaran atau pelanggaran itu dalam tempoh tujuh hari selepas penerimaan notis untuk berbuat demikian

40 [3]

Pemegang lesen boleh mendapatkan balik kos menghentikan air yang dibekalkan dan penyambungan semula air yang dibekalkan selepas diberhentikan, daripada pemunya atau penghuni premis-premis melalui cara seperti diperuntukkan di bawah seksyen 37 dan sehingga dan melainkan kos bagi pemberhentian dan penyambungan semula itu dan semua jumlah yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) telah dibayar, pemegang lesen adalah tidak berkewajipan untuk menyambung semula bekalan air tersebut ke premis-premis yang terlibat dan pemegang lesen adalah tidak liable untuk apa-apa kerugian kepada mana-mana pengguna atau orang atau harta benda disebabkan oleh pemberhentian itu:

Dengan syarat jika semua kos dan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang lesen di bawah seksyen ini telah dibayar, pemegang lesen hendaklah dalam tempoh tiga hai‘i daripada tarikh pembayaran penuh tersebut menyambung semula bekalan air ke premis-premis yang terlibat.

 

40 [4]

Di mana bekalan air ke mana-mana premis telah diberhentikan oleh pemegang lesen dan didapati bahawa bekalan itu telah disambung semula tanpa kebenaran pemegang lesen, penghuni premis itu hendaklah dianggap, sehingga sebaliknya dibuktikan, telah menyambung semula atau telah membenarkan penyambungan semula bekalan air dan dia adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan denda selanjutnya tidak melebihi sepuluh kali ganda dan kos purata air yang bagi dibekalkan dalam satu hari, dikira daripada bil-bil untuk tiga bulan kalendar sebelum tarikh pemberhentian, setiap hari selama mana kesalahan berterusan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.