Enakmen Pembekalan Air 1997

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

52

Tajuk

Perigi
52 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui pemberitahuan di dalam Warta mengisytiharkan lokasi perigi-perigi yang tertentu yang dibina oleh Pengarah atau oleh pemegang lesen untuk membekal air dalam sesuatu kawasan yang dinyatakan.

52 [2]

Walau apapun peruntukan mana-mana undang- undang bertulis yang lain, mana-mana orang yang ingin menggorek, menggerudi, menggali atau sebaliknya membina suatu perigi untuk tujuan mengeluarkan air darinya dalam radius setengah kilometer dari perigi yang diwartakan, hendaklah terlebih dahulu memohon suatu lesen bagi tujuan tersebut dari Pengarah.

 

52 [3]

Pengarah boleh mengeluarkan lesen tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya sesuai kepada mana-mana orang untuk menggorek, menggerudi, menggali atau sebaliknya membina sebuah perigi setelah dibayar fee yang ditetapkan.

52 [4]

Untuk tujuan seksyen ini sebuah perigi tidak termasuk perigi yang mengeluarkan kurang daripada dua ribu lima ratus liter air sehari dan digunakan untuk tujuan-tujuan domestik.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.