Enakmen Pembekalan Air 1997

Bahagian

III - Pelesenan

Seksyen

10

Tajuk

Keperluan Lesen Dan Pengecualiannya.
10 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh mengecualikan pemakaian Bahagian III atau peng atkuasaan mana-mana seksyen di bawah Bahagian III ke ada mana-mana oran:g nya. atau mana-mana kumpulan oran  yang mana Kerajaan Negeri telah     membuat suat perjanjian untuk menswastakan  kesemua, atau sebahagian daripada pengurusan, operasi, pengagihan bekalan air atau obligasi untuk membekalkan air di dalalam mana-mana kawasan bekalan air mengikut seksyen 5.

10 [2]

Tertakhluk kepada apa-apa pengecualian sebagaimana boleh ditetapkan di bawah seksyen kecil (1) tiada sesiapa, selain dari pembekal yang diberikuasa, boleh-

(a) menyenggara atau menjalankan atau dibenarkan untuk menggunakari atau menjalankan sesuatu sistem bekalan air;

(b) mengusahakan, menyediakan atau mengadakan apa-apa perkhidmatan bekalan air;

(c) mengeluarkan air dari mana-mana sungai dan merawatnya; atau

(d) menjalankan atau mengurus apa-apa kemudahan,

bagi membekal air kepada pengguna-pengguna dan memungut dan menyimpan caj sepertimana yang ditetapkan dari mereka kecuali di bawah dan mengikut terma-terma lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini.

10 [3]

Tiap-tiap permohonan untuk mendapatkan lesen di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana boleh dinyatakan oleh Pengarah.

10 [4]

Lesen boleh dikeluarkan oleh Pengarah dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri untuk suatu tempoh, dalam apa-apa bentuk dan atas pembayaran apa-apa fee sebagaimana boleh ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

10 [5]

Pengarah boleh, sama ada pada masa lesen itu dikeluarkan atau pada bila-bila masa selepas itu, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana didapati perlu atau suaimanfaat mengambilkira akan tugas-tugasnya yang dikenakan di bawah seksyen 6 dan syarat-syarat itu boleh diubah, dipinda atau dibatalkan.

10 [6]

Lesen tidak boleh dipindahmilik tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Pihak Berkuasa Negeri.

10 [7]

Tidak lebih dari satu lesen untuk menjalankan kegiatan yang sama di bawah subseksyen (1) boleh dikeluarkan bagi kawasan bekalan air yang telah sedia dibekalkan dengan air oleh pemegang lesen yang lain . melainkan dengan kebenaran bertulis Pihak Berkuasa Negeri.

 

10 [8]

Lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen m1 hendaklah, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu, terus berkuatkuasa selama tempoh sebagaimana ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri:

Dengan syarat tiada lesen boleh, tanpa kebenaran bertulis Pihak Berkuasa Negeri, melebihi tempoh tiga puluh satu tahun.

10 [9]

Tempoh sesuatu lesen hendaklah dinyatakan di dalam lesen.

 

10 [10]

Apa-apa lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan:

(a) kawasan bekalan air;

(b) tarif yang kena dibayar oleh pengguna;

(c) fee tahunan lesen yang kena dibayar oleh pemegang lesen;

(d) hak-hak dan kewajipan-kewajipan tertentu pemegang lesen berkaitan dengan perkhidmatan­ perkhidmatan yang hendak diberikan oleh pemegang lesen;

(e) keperluan bahawa pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa kod amalan yang ditetapkan;

(f) kualiti minima air yang perlu dibekalkan oleh pemegang lesen;

(g) apa-apa arahan atas perkara-perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pengarah.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.