Enakmen Pembekalan Air 1997

Bahagian

I - Permulaan

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran.
2 [1]

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

“caj” termasuk tarif dan deposit yang tersebut di bawah subseksyen 36(1);

“dengan curang” mempunyai maksud sepertimana di dalam Kanun Keseksaan;

“ditentukan” ertinya ditentukan oleh Enakmen ini atau mana-mana ·peraturan yang dibuat di bawahnya;                

“kawasan bekalan air” ertinya suatu kawasan di mana pemegang lesen diberikuasa untuk membekalkan air;

“Kerajaan Negeri” ertinya Kerajaan Negeri Selangor; “kerosakan” berhubung dengan orang perseorangan, termasuk bencana diri dan kematian;

“Pengarah” ertinya PengaralBekalan Air Negeri yang dilantik di bawah seksyen 3 an termasuk mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen yang sama;

“lengkapan air” termasuk paip-paip (selain dari sesalur utama) penutup, pili penutup, injap, simpai logam, meter, tangki, tempat mandi, tandas pam, pemanas air, sistem telemeter dan lain-lain radas atau perkakas yang digunakan berhubung dengan bekalan atau penggunaan air;

“lesen” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 10;

“meter” ertinya apa-apa perkakas, pelengkapan atau alat-alat yang digunakan untuk tujuan mengukur, menentukan, mengatur atau menganggar jumlah air yang telah dipakai, dibekalkan atau digunakan;

“paip penghubung” ertinya suatu bahagian pada paip perkhidmatan di antara sesalur utama dan meter tersebut atau di mana jika tidak ada meter, sesuatu  tempat  di mana meter disifatkan diletak sebagaimana ditentukan oleh Pengarah;

“paip pengagihan” ertinya mana-mana paip pengguna yang menghantar air dari tempat simpanan atau tangki bekalan atau radas air panas yang dibekalkan dari tangki bekalan dan hanya di bawah tekanan dari tangki tersebut;

“paip perkhidmatan” ertinya apa-apa jenis paip yang digunakan untuk membekalkan air dari suatu sesalur utama kepada mana-mana premis, di mana paip itu adalah tertakluk kepada tekanan air dari sesalur utama, atau mana-mana paip yang tertakluk kepada tekanan yang sama melainkan penutup atau injapnya ditutup;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar seperti ditafsirkan di bawah Kanun Tanah Negara;

“pengguna” ertinya seorang yang dibekalkan dengan air dari sesalur utama atau seorang bertanggungan membayar caj untuk bekalan air dan termasuk seorang penghuni;

“penghuni” ertinya seorang yang menghuni atau mempunyai kawalan ke atas premis dan, berhubungan dengan premis di mana bahagian-bahagiannya yang lain dihuni oleh orang lain, bermaksud setiap orang yang menghuni atau mengawal setiap bahagian itu;

“perjanjian” ertinya suatu perjanjian di antara Kerajaan Negeri dengan mana-mana pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 5;

“perkhidmatan bekalan air” termasuk pengeluaran air dari sumber air, rawatannya dan pengagihan dan pembekalan air yang telah dirawat kepada pengguna dan apa-apa perkhidmatan yang berhubung dengannya;

“pemegang lesen” ertinya seseorang yang diberi lesen di bawah seksyen 10 dan mana-mana orang atau mana­ mana kumpulan orang di mana Kerajaan Negeri telah membuat apa-apa perjanjian untuk menswastakan kesemua, atau sebahagian daripada pengurusan, operasi, pengagihan bekalan air atau obligasi untuk membekalkan air di dalam mana-mana kawasan bekalan air mengikut seksyen 5, termasuk pihak berkuasa membekal;

“pihak berkuasa awam” mempunyai erti yang sama di bawah Artikel 160(1) Perlembagaan Persekutuan;

“pihak berkuasa membekal” ertinya Jabatan Bekalan Air Selangor dan mana-man     badan berkanun yang ditubuhkan di bawah sesuatu     nakmen atau di bawah mana-mana undang-undang lain untuk membekal air di Negeri Selangor;

“Pihak Berkuasa Negeri” mempunyai erti yang sama seperti di bawah Akta Tafsiran 1948 dan 1967;

“premis” termasuk mana-mana bangunan, tanah, kenderaan, kapal, pesawat udara dan apa-apa khemah atau binaan;

“somber air” termasuk semua sungai, anak sungai, einpangan, wadah, longkang, parit-parit dan saluran di mana air mengalir selain dari paip-paip untuk bekalan air kepada mana-mana premis;

“sesalur utama” ertinya apa-apa paip wirrl;yang disenggarakan dan dikawal oleh pemegang lesen atau pihak berkuasa membekal yang mana paip perkhidmatan boleh disambungkan;

“sistem bekalan air” ertinya seluruh sistem yang menggabungkan loji, pelengkapan, sesalur utama, paip­ paip, loji rawatan, stesyen pengepam, wadah perkhidmatan atau wadah imbangan at,a, u mana-mana satu gabungan diatas dan semua binaan lain, pemasangan, bangunan,

pelengkapan dan appurtenan Y!’-ng digunakan dan tanah­ tanah di mana perkara yang sama ditempatkan untuk penyarian pengumpulan, penyaluran, rawatan dan pengagihan dan pembekalan air

“sistem paip” ertinya semua paip, tangki, injap dan pemasangan dari sesalur utama kepada dan di dalam premis pemunya atau penghuni;

“sub-meter” ertinya mana-mana meter yang mengukur air yang telah dikira selepas keluar dari sesalur utama;

“sungai” termasuk cawangan sungai dan juga lain-lain anak sungai, terusan .atau sumber air semulajadi;

“tujuan domestik” tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3) bererti bekalan air untuk rumah kediaman, air pancut persendirian, atau untuk tujuan perhiasan.

2 [2]

Tertakluk kepada subseksyen (3), dalam Enakmen ini rujukan kepada tujuan domestik, berhubung dengan bekalan air kepada mana-mana premis, adalah rujukan kepada meminum, membasuh, memasak, dan kegunaan kebersihan di mana air yang dibekalkan kepada premis tersebut boleh digunakan dan di mana keseluruhan atau sebahagian daripada premis tersebut akan atau akan dihuni sebagai rumah kediaman, tujuan-tujuan tersebut hendaklah diambil untuk meliputi apa-apa tujuan di luar rumah (termasuk mencuci kenderaan dan menyiram taman) sebagaimana berkaitan dengan penghunian rumah tersebut;

2 [3]

Tiada apa-apa  rujukan  untuk  sesuatu  tujuan domestik boleh diambil untuk meliputi-

(a) apa-apa tujuan perniagaan penyediaan makanan atau minuman untuk dimakan atau diminum melainkan di dalam premis itu;

(b) untuk apa-apa perniagaan mencuci kereta atau mendobi; atau

(c) untuk apa-apa tujuan perdagangan, perkilangan atau untuk perkapalan, atau untuk tujuan pengairan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.