Enakmen Pembekalan Air 1997

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

61

Tajuk

Perlindungan Kepada Pemberi Maklumat
61 [1]

Melainkan sebagaimana diperuntukkan, tiada saksi di dalam mana-mana prosiding jenayah di bawah Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh dikehendaki atau dibenarkan untuk memberikan nama atau alamat pemberi maklumat atau maklumat yang diterima darinya atau menyatakan apa-apa perkara yang akan membawa kepada pendedahannya.

61 [2]

Jika mana-mana buku atau dokumen adalah di dalam keterangan atau adalah tertakluk kepada pemeriksaan di dalam mana-mana prosiding jenayah mengandungi apa-apa kemasukan yang mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau boleh membawa kepada pendedahannya, Mahkamah hendaklah menyebabkan semua   kemasukan itu dilindungi dari pandangan atau dipadamkan setakat mana diperlukan bagi melindungi pemberi maklumat dari didedahkan.

61 [3]

Jika di dalam perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya Mahkamah selepas siasatan penuh ke atas kes itu, berpendapat bahawa pemberi maklumat telah dengan sengaja membuat di dalam pengaduannya suatu pernyataan yang material yang diketahuinya atau dipercayainya adalah palsu atau tidak mempercayainya sebagai benar atau jika keadilan tidak dapat diberikan sepenuhnya di antara  pihak-pihak tersebut tanpa pendedahan pemberi  maklumat, Mahkamah boleh menghendaki pengemukaan pengaduan asal, jika secara bertulis, dan membenarkan satu siasatan, dan menghendaki pendedahan sepenuhnya mengenai pemberi maklumat.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.