Enakmen Pembekalan Air 1997

Bahagian

IX - Sekatan Bekalan Air

Seksyen

48

Tajuk

Sekatan-Sekatan Semasa Kecemasan Bekalan Air
48 [1]

Di mana bekalan air adalah tidak mencukupi disebabkan kemarau yang teruk atau pergolakan industri, mogok, sekat-masuk atau apa-apa peristiwa lain yang boleh menimbulkan suatu kecemasan atau apa-apa keadaan lain yang tidak dijangkakan, Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui pemberitahuan di dalam Warta—

(a) mengisytiharkan kecemasan bekalan air;

(b) melarang atau menyekat penggunaan air—

(i) secara am atau untuk tujuan tertentu;

(ii) dalam waktu-waktu harian tertentu yang dinyatakan atau sebaliknya; atau

(iii) melalui cara tertentu; dan

(c) menetapkan dan mengenakan—

(i) had-had kuantiti air yang digunakan bagi apa-apa tempoh yang ditentu; dan

(ii) apa-apa surcaj berhubung dengan penggunaan air yang melebihi apa-apa had yang dikenakan

48 [2]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, atas alasan-alasan sebagaimana difikirkan patut—

(a) menghadkan pemakaian subseksyen (1) kepada kawasan tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu dan kelas-kelas orang atau premis-premis dan kegiatan-kegiatan tertentu; dan

(b) untuk menggantung atau mengetepikan mana peruntukan seksyen ini.

48 [3]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, selepas mengisytiharkan suatu kecemasan bekalan          air, menggantung  lesen  mana-mana   pemegang  lesen, mengambil possessi sementara mana-mana sistem bekalan air pemegang lesen itu dan menjalankannya atau mengarahkan mana-mana pihak berkuasa membekal untuk menjalankannya melalui apa-apa cara sebagaimana Pihak Berkuasa Negeri fikirkan patut dan mengambil atau menyebabkan diambil apa-apa tindakan termasuk pemasangan alat-alat penyekatan, pengawalan dan pengukuran dan pengawalseliaan dan pengawalan pelupusan  peralatan-peralatan, sebagaimana  diperlukan, untuk memastikan pematuhan seksyen ini.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.