Enakmen Pembekalan Air 1997

Bahagian

V - Kawasan-Kawasan Tadahan

Seksyen

25

Tajuk

Notis Kepada Pemunya atau Penghuni Untuk Mencegah Pencemaran
25 [1]

Pengarah boleh, melalui notis—

(a)  menghendaki pemunya atau penghuni mana- mana premis di dalam kawasan tadahan yang mana penggunaan atau kependudukannya atau aktiviti-aktiviti di dalam premis menyebabkan atau akan menyebabkan pencemaran, kontaminasi, pengelodakan mana-mana tasik, sungai, jalan air atau wadah untuk melaksanakan dan menyenggarakan dalam keadaan baik ap apa kerja sebagaimana dia fikirkan perlu untuk mencegah pencemaran, kontaminasi atau pengelodakan mana-mana tasik, sungai, jalan air atau wadah;

(b) menghendaki mana-mana orang yang menjalankan apa-apa aktiviti yang dilarang di bawah perintah yang dibuat di bawah subseksyen 23(2) untuk menghentikan aktiviti itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis tersebut.

25 [2]

Mana-mana orang yang gagal mematuhi sesuatu notis di bawah subseksyen (1) dalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan boleh  dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan bagi kesalahan kedua atau selanjutnya boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

 

25 [3]

Tiada denda atau hukuman yang dikenakan di bawah subseksyen (2) akan menjejaskan kuasa Pengarah untuk melaksanakan dan menyenggarakan dalam keadaan baik apa-apa kerja sebagaimana dia fikirkan perlu untuk mencegah pencemaran, kontaminasi atau pengelodakan mana-mana tasik, sungai, jalan air atau wadah dan kos bagi pelaksanaan atau pembaikan tersebut hendaklah didapatkan balik sebagai hutang yang perlu dibayar kepada Kerajaan Negeri.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.