Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

76) KEKURANGAN TEMPAT-TEMPAT BERIBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan syarat-syaratdan garis panduan yang diguna pakai untuk pemberian atau kelulusan tanah tempat-tempat beribadat bukan Islam

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk membantu kos pembinaan tempat-tempat ini?

    Klik jawapan »

77) GERAI UNTUK PENIAGA KECIL

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Gerai -gerai berniaga yang dibina oleh PKNS untuk peniaga keeil adalah dijual dengan harga RM 58,000. Senaraikan bilangan gerai yang dibina dengan bilangan yang sudah dibeli oleh peniaga kecil ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri menetapkan harga siling yang kurang daripada RM 58,000 bagi gerai sedemikian agar ianya mampu dibeli oleh peniaga kecil ?

    Klik jawapan »

  3. Demi menambahkan pendapatan golongan berpendapatan rendah yang menduduki PPRT , apakah penilaian Kerajaan Negeri terhadap memulakan suatu program mengadakan gerai bergerak di bawah setiap perumahan PPRT untuk membolehkan penduduk PPRT berniaga?

    Klik jawapan »

78) DEWAN TERBIAR DI DUN KG. TUNKU

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Dewan terbiar di Jalan 551/1 Kampung Tunku telah menjadi tempat penagih dadah. Adakah dewan itu akan di roboh dan apakah penyelesaian MBPJ untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

  2. Terdapat struktur yang sama di Jalan 20/24. Mengapakah MBPJ tidak merobohkan struktur itu?

    Klik jawapan »

79) HALA TUJU PEMODENAN PERTANIAN NEGERI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah hala tuju kerajaan negeri di dalam memodenkan sektor pertanian, perikanan dan ternakan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana perancangan kerajaan negeri membantu meningkatkan pendapatan petani, penternak, dan nelayan supaya selaras dengan prinsip pemodenan pertanian?

    Klik jawapan »

80) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk menentukan PST dapat memberikan perkhidmatan terbaik rakyat?

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang terlibat di tiap-tiap PBT?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan PBT kepada mereka yang tidak menjelaskan cukai yang berkaitan di PBT tersebut ?

    Klik jawapan »

81) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Kawasan DUN Tg. Sepat mempunyai banyak industri kecil sederhana makanan ringan. Bilakah Pusat IKS akan diwujudkan di kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

82) STATUS KUIL HINDU DI PANTAI REMIS SG. SEMBILANG

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Kewujudan dua buah kuil Hindu sejak tujuh tahun lalu di rizab hutan pantai Remis, Sg. Sembilang, Jeram telah menimbulkan masalah, bantahan dan sensitiviti kurang menyenangkan penduduk tempatan. Kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan lalu memberi arahan kepada Jabatan Perhutanan Selangor untuk melaksanakan kerja-kerja merobohkan dua buah kuil hindu yang didirikan tanpa sebarang kebenaran di Hutan Simpan Kapar, Sg. Sembilang, Kapar, Daerah Kuala Selangor. Kerajaan negeri baru-baru ini membentuk satu jawatankuasa yang turut disertai badan agama (NGO) bagi melakukan kajian teliti ke atas tapak rumah ibadat bukan Islam. Apakah status terkini dua buah kuil di Pantai Remis, Sg. Sembilang yang masih belum dirobohkan lagi?

    Klik jawapan »

  2. Sebagaimana dimaklumkan, kerajaan negeri akan memberi kelulusan pada semua tapak ibadat bukan Melayu yang sudah berdaftar. Sila senaraikan tapak ibadat bukan Melayu yang terdapat di Daerah Kuala Selangor yang sudah berdaftar dan akan diberi kelulusan serta yang sudah diluluskan sebelum ini

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menangani masalah tapak ibadat bukan Melayu

    Klik jawapan »

83) KEJADIAN TANAH RUNTUH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Kejadian tanah runtuh di Pangsapuri Wangsa Heights, Bukit Antarabangsa pada awal pagi, 23 April 2008 yang mengakibatkan batu - batu besar tergelincir dan menghempap kenderaan - kenderaan penghuni pangsapuri tersebut telah mendapat liputan meluas media -media tempatan. Apakah pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPA ) menyedari bahawa cerun batuan dan cerun tanah di Wangsa Heights diklasifikasikan sebagai cerun berisiko tinggi?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Kerajaan Negeri sedia maklum bahawa Institut Kerja raya Malaysia ( IKRAM ) telah menyiapkan kajian risiko cerun dan pemetaan secara khusus untuk kawasan pembangunan Wangsa Heights berdasarkan "expert judgement' dan menyerahkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya ( JKR ) pada awal tahun 2008?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk menjamin keselamatan 208 unit pangsapuri Wangsa Heights yang dimajukan pada tahun 1982 berdasarkan cadangan IKRAM?

    Klik jawapan »

84) KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Apakah mekanisme yang akan digunakan oleh kerajaan negeri dalam melantik ahli-ahli majlis tempatan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perubahan-perubahan yang akan dilaksanakan dalam proses pemantapan fungsi ahli majlis Pihak BerkuasaTempatan (PBT)

    Klik jawapan »

  3. Bagaimana proses perubahan tersebut akan dilaksanakan ?

    Klik jawapan »

85) KEBAJIKAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Walaupun slogan Selangor Maju 2005 telah dilaungkan tetapi masih terdapat bilangan penduduk yang banyak di tahap kemiskinan di kawasan DUN Bukit Melawati. Berapakah bilangan di antara mereka di atas telah diberikan bantuan kebajikan dan dalam bentuk apa pada tahun-tahun 2005, 2006 dan 2007?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jenis-jenis bantuan yang telah diberikan kepada mereka yang terlibat di atas dan namakan agensi-agensi yang terlibat dalam pemberian/pengagihan bantuan ini?

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyakkah peruntukkan yang disediakan untuk perkara di atas untuk membantu rakyat miskin/termiskin di negeri ini untuk tahun 2008?

    Klik jawapan »